Sabtu, 14 Mei 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Aktres berani adegan berahi

Posted: 14 May 2011 03:05 PM PDT

Dunia

pix_gal0
Fernandez suka diganding Emraan

MUMBAI: Sejak aktres Jacqueline Fernandez mengambil alih daripada Mallika Sherawat bagi membintangi filem Murder 2, banyak pihak melabelnya bersikap serius dan imej gadis baik.

Tetapi, wanita jelita dari Sri Lanka ini tidak suka dibandingkan dengan Sherawat yang lebih terkenal dengan watak seksi.

"Tidak mengapa jika ada pihak membandingkan antara kami. Ia adalah perkara biasa dibandingkan dengan Mallika kerana beliau yang berlakon dalam filem pertama Murder manakala saya terbabit dalam sambungannya. "Saya tidak pernah bertemu Mallika dan saya secara peribadi tidak mengenali beliau tetapi daripada apa yang saya lihat, saya rasa beliau adalah seorang aktres yang baik."

Fernandez juga tidak senang dengan kenyataan bahawa filem Murder 2 akan banyak memaparkan adegan mendedahkan dan hubungan intim.

"Saya pernah menjadi model dan banyak melakukan penggambaran dan pertunjukan jadi saya amat selesa dengan tubuh. Sebagai seorang pelakon, adegan seperti itu adalah sentiasa menjadi sebahagian cerita.

"Ada antara 50 hingga 100 kru produksi apabila kami merakamkan adegan itu, jadi ia hanyalah kerja dan bukan untuk suka-suka!"
Tetapi, ditanya adakah beliau mempunyai sebarang kebimbangan sebelum mengambil bahagian dalam filem itu, beliau menjawab:

"Tidak sama sekali. Murder 2 adalah sebuah cerita yang menarik, ia disokong oleh pengarah yang dikenali menghasilkan filem berkualiti. Mohit Bhatt adalah seorang pengarah yang baik. Emi (Emraan Hashmi) adalah seorang pelakon yang baik jadi tidak ada sebarang kebimbangan."

Fernandez juga tidak sabar menanti reaksi penonton terhadap gandingan beliau dengan Hashmi. "Saya rasa kami mempunyai keserasian yang baik di filem," katanya.

Beliau baru-baru ini mengatakan bahawa seronok menjalani adegan hubungan intim dengan Hashmi dalam Murder 2. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enam minit sekali cerai di Arab Saudi

Posted: 14 May 2011 03:04 PM PDT

Dunia

JEDDAH: Perpisahan berlaku setiap enam minit di Arab Saudi menjadikan negara itu mencatatkan peratusan paling tinggi kes pasangan bercerai berbanding negara lain di rantau Teluk iaitu 79 peratus sehari.

"Ini menunjukkan institusi keluarga benar-benar memerlukan bimbingan," kata pakar kaunseling keluarga, Abdullah al-Sadhan, dalam kursus latihan kaunseling menggunakan telefon di Jeddah.

"Kaunseling menggunakan telefon penting untuk pasangan muda yang berkahwin yang mencatatkan jumlah paling tinggi dalam kes perceraian," kata kaunselor pembimbing keluarga itu. Akhbar Saudi Gazette memetik al-Sadhan sebagai berkata, 30 peratus pasangan yang menerima kaunseling menggunakan telefon kembali kepada keputusan mereka untuk bercerai sementara perkhidmatan di Jeddah menghasilkan kadar kejayaan lebih tinggi dengan 34 peratus. – Agensi
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen