Isnin, 9 Mei 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Toshiba untung AS$1.7b

Posted: 09 May 2011 12:43 PM PDT

Dunia

TOSHIBA kembali mencatat keuntungan bagi tahun kewangan berakhir Mac, namun memberi amaran prestasinya pada tempoh akan datang kekal mencabar kesan bencana gempa bumi dan tsunami pada Mac lalu.

Toshiba, yang terbabit dalam aktiviti pengeluaran barangan elektronik pengguna, dan reaktor nuklear, melaporkan keuntungan bersih 137.8 bilion yen (AS$1.7 bilion) bagi tahun kewangan berkenaan, pulih daripada kerugian 19.7 bilion yen yang dicatat pada tahun kewangan sebelumnya.

Keuntungan operasi syarikat itu meningkat dua kali ganda kepada 240.3 bilion yen, didorong pendapatan berjumlah 6.4 trilion yen meningkat 1.7 peratus berbanding tahun sebelumnya. Gergasi elektronik itu berkata, keuntungan dan jualan sebahagian besarnya dijana oleh permintaan tinggi set televisyen

serta cip memori yang digunakan secara meluas dalam telefon pintar dan juga komputer tablet.

Bagi tahun kewangan yang berakhir Mac 2012, ia menjangka meraih keuntungan bersih 140 bilion yen, keuntungan operasi sebanyak 300 bilion yen, didorong unjuran pendapatan sebanyak tujuh trilion yen.

Bagaimanapun katanya, 'jangkaan prestasi masih tidak menentu,' susulan kesan bencana yang melumpuhkan ekonomi di timur laut Jepun dan menjejaskan loji tenaga di Fukushima.
Toshiba juga terpaksa menutup kilang pembuatan cip di kawasan bencana, Iwate Prefecture sekali gus menjejaskan pengeluarannya.

Selain itu, rantaian bekalannya juga terputus dan kekurangan bekalan tenaga menjejaskan pengeluaran seluruh industri utama dengan kesan daripada bencana itu mengancam ekonomi Jepun yang berasaskan eksport ke kancah kemelesetan sementara, kata penganalisis. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Obama takut pisang berbuah dua kali

Posted: 09 May 2011 12:39 PM PDT

Dunia

OBAMA ketika berucap di hadapan tentera di Kem Fort Campbell di Kentucky, Jumaat lalu.

OBAMA ketika berucap di hadapan tentera di Kem Fort Campbell di Kentucky, Jumaat lalu.

Serangan ke atas Osama guna helikopter dikhuatiri berakhir seperti tragedi Black Hawk Down

WASHINGTON: Presiden Barack Obama berkata beliau bimbang penggunaan helikopter dalam operasi ke atas Osama bin Laden di Pakistan minggu lalu berisiko berakhir seperti tragedi Black Hawk Down di Somalia, tetapi berkata ia adalah cara terbaik untuk menjerat pemimpin al-Qaeda itu.

Dalam satu temuramah disiarkan kelmarin dalam rancangan 60 Minutes siaran stesen televisyen CBS, presiden itu berkata beliau menganggap adalah amat penting untuk dapat memastikan objektif tercapai. "Dalam sesetengah kes, menghantar helikopter dan meletakkan anggota di darat mengundang lebih banyak risiko berbanding pilihan lain," kata Obama.

"Namun misi ini amat penting dan penting bagi kita dapat memburu sasaran ini."
Beliau juga berkata kaedah operasi itu dipilih untuk mengelak 'mangsa tidak disengajakan' di kejiranan berdekatan.

Kehadiran Osama di kawasan kejiranan itu selama kira-kira lima tahun menimbulkan persoalan mengenai siapa yang tahu kehadirannya dan siapa yang membantunya.
"Kami fikir semestinya ada rangkaian sokongan untuk Osama di dalam Pakistan. Namun kami tidak tahu siapa atau dalam bentuk apa sokongan yang diberikan rangkaian itu.

"Kami tidak tahu sama ada ia sesetengah pihak dalam kerajaan, di luar kerajaan dan itu sesuatu yang kami perlu siasat dan lebih penting perlu disiasat kerajaan Pakistan, " kata Obama.

Presiden itu berkata walaupun berbulan-bulan tugas perisikan dibuat, kemungkinan Osama berada di kediaman itu hanya kira-kira 45-55 peratus. Namun Obama berkata beliau yakin kepada keupayaan pasukan khas sehingga beliau memutuskan sebarang risiko dapat diatasi. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan