Jumaat, 22 April 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Thailand-Kemboja berbunuhan

Posted:

Thailand-Kemboja berbunuhan

Thailand-Kemboja berbunuhan


SEORANG tentera Thailand dibawa ke hospital setelah tercedera dalam pertempuran dengan tentera Kemboja di provinsi Surin dekat sempadan Thai-Kemboja, semalam. - afp


BANGKOK 22 April - Enam orang terbunuh dalam pertempuran terbaru antara tentera Thailand dan Kemboja di sempadan yang menjadi pertelingkahan kedua-dua negara itu hari ini.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Chhum Sochear berkata, tiga askarnya maut dan beberapa orang lagi cedera dalam pertempuran itu.

Tentera Thailand pula berkata, tiga askarnya turut terbunuh manakala 13 lagi cedera.

''Mereka terbunuh akibat serangan bom,'' kata jurucakap tentear Thai di kawasan sempadan, Kolonel Prawit Hookaew.

Hookaew menambah, tiga askar yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal.

Ia merupakan pertempuran terbaru sejak ia bermula pada Februari lalu berdekatan kuil berusia 900 tahun, Preah Vihear yang mengakibatkan berpuluh-puluh orang cedera.

Hookaew berkata, pertempuran berkenaan setakat ini sudah tamat.

Terdahulu, jurucakap tentera Thai, Kolonel Sansern Kaewkamnerd berkata, pertempuran terbaru itu berlaku selepas subuh dan berlangsung selama setengah jam.

''Ia berlaku kira-kira 250 kilometer dari barat Preah Vihear. Pertempuran berlaku di satu lagi kuil di Ta krabey yang turut dituntut oleh kedua-dua negara,'' kata Chhum.

Beliau berkata, kedua-dua pihak menggunakan pelancar roket, mesingan dan raifal dalam pertempuran itu.

Pertempuran sebelum ini pada 4 dan 16 Feb lepas berlaku di kawasan pertikaian dengan kedua-dua pihak menggunakan senjata berat termasuk bom, roket dan kereta kebal, menyebabkan 10 terkorban di kedua-dua belah pihak.

Persengketaan terbaru itu meletus apabila Indonesia, Pengerusi ASEAN sekarang, merancang menghantar pemerhati di sempadan Thai-Kemboja seperti yang dipersetujui pada Mesyuarat Menteri Luar ASEAN di Jakarta pada 22 Februari lepas.

Pertikaian sempadan kedua-dua negara membabitkan kawasan di sekeliling Kuil Hindu Preah Vihear yang berusia 1,000 tahun kerana mendakwa kawasan seluas 4.6km persegi yang termasuk kawasan menghala laluan masuk kuil serta persekitarannya, sebagai milik mereka.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan pada 1962 kuil itu terletak di Kemboja, dan disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2008.

Susulan pertikaian ini, tiga pertempuran dilaporkan - 15 Julai 2008, Okt 2008 dan 3 April 2009 - sejak kuil itu diinskripsi di dalam senarai warisan dunia pada 8 Julai 2008. - AP/AFP/BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PM Singapura belum mahu sistem dua parti

Posted:

PM Singapura belum mahu sistem dua parti

PM Singapura belum mahu sistem dua parti

SINGAPURA 22 April - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang telah mengisytiharkan pilihan raya pada 7 Mei ini, berkata negara republik pulau itu belum bersedia untuk memiliki sistem politik dua parti.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinannya, yang telah memerintah Singapura sejak merdeka pada 1965, boleh diduga akan memenangi pilihan raya.

Namun, para penganalisis berkata, partiitu tidak mungkin dapat mengulangi pencapaian besar pada pilihan raya 2006 apabila ia meraih 82 kerusi daripada 84 yang ditandingi dengan meraih undi dua pertiga.

Dua kerusi pembangkang dimenangi oleh Low Thia Khiang iaitu Setiausaha Agung Parti Pekerja Singapura dan Chee Soon Juan, Setiuasaha Agung Parti Demokratik Singapura.

''Untuk membentuk pembangkang sebagai teman berlawan, ya anda boleh melakukannya. Untuk membentuk pembangkang untuk menjadi persediaan bagi anda bertukar, itu adalah cadangan lain sama sekali.

''Anda sentiasa boleh membentuk dua pasukan. Soalnya, apakah kualitinya? Apakah mereka akan menjadi sebaik pasukan 'semua bintang' anda?,'' katanya dalam wawancara dengan akbar Straits Times hari ini.

Hsien Loong berkata, sistem dua parti boleh memecah-belahkan untuk sebuah negara yang memiliki berbilang kaum.

''Apakah yang membahagikan dua kumpulan penyokong ini? Apakah bangsa? Ia amat berbahaya. Apakah ia kelas? Ia mungkin, seperti di United Kingdom, tetapi ia tidak bagus untuk Singapura. Apakah dasar-dasar? Saya rasa tidak mungkin kerana di Singapura, anda tidak mempunyai pilihan dasar untuk dibuat.

Parti pembangkang Singapura yang kecil bilangannya akan bertanding di semua atau hampir kesemua 87 kerusi yang dipertandingkan bulan depan, lapor media tempatan.

Pada pilihan raya sebelum ini, PAP yang berkuasa, telah memenangi sebilangan besar kerusi tanpa pertandingan disebabkan pembangkang gagal meletakkan calon mereka.

Hsien Loong yang merupakan anak kepada pengasas Singapura iaitu Lee Kuan Yew, juga berkata, isu-isu seperti inflasi dan harga hartanah juga boleh memberi impak dalam pengundian.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang mengenai potensi PAP dalam pilihan raya kali.

''Saya rasa 66 peratus adalah angka yang sangat tinggi,'' katanya yang merujuk kepada peratus undi yang diperolehi PAP pada 2006.

''Sama ada kita akan mencapai paras itu, saya tidak boleh kata,'' katanya. - REUTERS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen