Khamis, 21 April 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


19 suspek pengganas ditahan

Posted:

19 suspek pengganas ditahan

19 suspek pengganas ditahan

JAKARTA 21 April - Indonesia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tahap tertinggi hari ini selepas 19 suspek pengganas ditahan membawa kepada penemuan bom seberat 150 kilogram di barat daya Jakarta.

Bom itu ditemui ditanam di bawah saluran gas berhampiran sebuah gereja di bandar Serpong.

Menteri Keselamatan, Djoko Suyanto berkata, beliau percaya militan Islam merancang melakukan serangan di luar Jakarta ketika perayaan Good Friday.

"Tentera dan polis diletakkan pada tahap berjaga-jaga tahap tinggi hari ini kerana kami mahu memberi jaminan keselamatan di negara ini," katanya kepada wartawan selepas menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan Presien Susilo Bambang Yudhoyono.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Jeneral Timur Pradopo berkata, 19 suspek pengganas yang ditahan itu termasuklah enam yang dituduh terlibat dengan siri bom buku yang dihantar kepada aktivis liberal Islam dan bekas ketua antipengganas pada bulan lalu.

Enam suspek serangan bom buku itu yang kesemua lelaki ditahan dalam satu serbuan yang dilancarkan pada pukul 5.10 pagi ini waktu tempatan (6.10 pagi waktu Malaysia), menurut jurucakap polis, Mejar Jeneral Anton Bahrul Alam.

Mereka ditahan selepas polis menyerbu dua buah rumah sewa di Rawadas, Pondok Kopi, Jakarta Timur.

Seorang saksi, Aminuddin berkata, rumah tersebut disewa lelaki bernama Kalsum yang tinggal bersama tiga anak lelakinya serta seorang penjual makanan.

Serbuan kedua dilakukan di sebuah rumah yang terletak 200 meter dari rumah pertama apabila polis menahan seorang lelaki bernama Darto yang berasal dari Cirebon, Jawa Barat, kata sumber polis.

Penahan itu, bagaimanapun membawa kepada penemuan bom di bandar Serpong, barat daya Jakarta oleh polis. - AP/AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tripoli diserang, 7 maut

Posted:

Tripoli diserang, 7 maut

Tripoli diserang, 7 maut


Anggota tentera yang setia kepada Gaddafi bersiap sedia di pinggir bandar Gueriane, 180 kilometer ke utara Tripoli, kelmarin. – REUTERS


TRIPOLI 21 April – Tujuh terbunuh sementara 18 yang lain cedera dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di ibu negara Libya ini, hari ini.

Televisyen al-Jamahiriyah melaporkan sebanyak empat misil dilancarkan NATO yang turut memusnahkan beberapa buah rumah.

NATO kemudian dilapor memperhebat serangan di bandar Gharyan, selatan Tripoli di mana beberapa orang dilaporkan turut maut dan cedera, namun bilangannya tidak dinyatakan.

Sementara itu, pemberontak hari ini melaporkan mereka berjaya merampas sebuah pos kawalan di Wazin berhampiran sempadan Tunisia daripada tangan tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Menurut saksi, satu pertempuran kecil berlaku antara pemberontak dan tentera kerajaan pada kira-kira pukul 7.30 waktu tempatan, sebelum kumpulan pemberontak meraikan kejayaan mereka dengan melepaskan tembakan ke udara.

- Reuters/AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen