Isnin, 18 April 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Australia diseru prihatin

Posted:

Australia diseru prihatin

Australia diseru prihatin

SYDNEY 18 April - Pihak yang berkempen mengenai pemuliharaan alam sekitar di Australia diseru memikirkan nasib 570,000 keluarga rakyat Malaysia yang menjadikan minyak sawit sebagai mata pencarian mereka, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) kepada Parlimen Australia.

Ketua Pegawai Eksekutif MPOC, Tan Sri Dr. Yusof Basiron mewakili kepentingan para peladang dan pekebun kelapa sawit Malaysia berkata demikian semasa memberi kenyataan kepada sebuah jawatankuasa khas Parlimen Australia hari ini.

Majlis itu menentang satu cadangan rang undang-undang yang dikemukakan oleh anggota Senat, Nick Xenophon supaya dicatatkan amaran kesihatan pada produk makanan yang mengandungi minyak sawit.

Xenophon mendakwa minyak sawit bukan sahaja mengandungi lemak tepu tinggi malah penanamannya mengakibatkan pembasmian hutan di Malaysia dan Indonesia.

Dia mahu mewajibkan pelabelan yang mengesahkan minyak sawit yang ada dalam produk itu tidak datang dari tanah yang baru dibuka.

Bercakap kepada jawatankuasa Dewan Senat hari ini, Dr. Yusof berkata, pelabelan sepatutnya didorong oleh isu kesihatan dan bukan kepentingan politik yang menjadi dalang di sebalik kewujudan cadangan rang undang-undang ini.

Pada masa ini, minyak sawit dirujuk dengan istilah generik sebagai minyak sayur-sayuran di dalam maklumat produk.

Kumpulan pelobi alam sekitar, Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan Greenpeace Antarabangsa menyokong rang undang-undang ini.

Dr. Yusof berkata, penyokong Greenpeace dan WWF akan merasakan kemuncak kepuasan ketika menghirup kopi mereka tetapi tidak kepada 570,000 rakyat Malaysia dan keluarga mereka.

Majlis Makanan dan Barang Runcit Australia menentang rang undang-undang tersebut dengan mengatakan pelabelan sepatutnya dihadkan kepada amaran kesihatan sahaja.

Wakil majlis, Tony Mahar berkata, untuk mewajibkan maklumat tersebut dimasukkan ke dalam label atas alasan alam sekitar, akan menyebabkan maklumat pada label menjadi begitu besar.

''Ia akan mengakibatkan kekeliruan kerana terdapat potensi tinggi untuk maklumat lebih kritikal berkaitan kesihatan dan keselamatan akan terjejas,'' katanya kepada jawatankuasa tersebut. - dpa

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Renjer maut, 28 cedera dalam serangan bom di selatan Thai

Posted:

Renjer maut, 28 cedera dalam serangan bom di selatan Thai

Renjer maut, 28 cedera dalam serangan bom di selatan Thai


SEORANG daripada renjer yang cedera dalam serangan bom kereta dibawa menaiki ambulan di selatan Thailand, semalam. Seorang maut dan 28 lagi cedera dalam kejadian tersebut. - REUTERS


BANGKOK 18 April - Seorang anggota renjer maut manakala 28 yang lain termasuk orang awam cedera dalam letupan bom di Yala hari ini.

Jurucakap polis Yala berkata, mereka yang cedera terdiri daripada empat renjer dan 24 orang awam.

Beliau berkata bom buatan sendiri itu disembunyikan dalam sebuah kereta yang diletakkan di bandar itu dan diletupkan secara kawalan jauh ketika sebuah kereta yang membawa lima anggota renjer melalui kawasan itu pada pukul 8.30 pagi.

Police menyalahkan pihak militan atas kejadian itu. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan