Ahad, 3 April 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Lagi protes bantah insiden bakar al-Quran

Posted:

Lagi protes bantah insiden bakar al-Quran

Lagi protes bantah insiden bakar al-Quran


Aktivis Jamiat Ulama e-Islam di Pakistan membakar bendera Amerika Syarikat semasa mengadakan tunjuk perasaan di Karachi sebagai membantah tindakan paderi Terry Jones membakar al-Quran. - AFP


KABUL 3 April - Seorang terbunuh dan 16 lagi cedera apabila beratus-ratus orang berhimpun dijalan-jalan di Kandahar hari ini untuk membantah tindakan pembakaran al-Quran di Amerika Syarikat (AS), sehari selepas 10 orang terbunuh ketika demonstrasi sama di selatan bandar itu.

Tunjuk perasaan yang diadakan bagi membantah pembakaran al-Quran oleh paderi Florida, Terry Jones di AS bertukar ganas, semalam selepas polis menyekat kemaraan mereka ke pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan bangunan kerajaan di Kandahar.

Lebih 80 orang termasuk anggota keselamatan turut cedera, menurut pihak berkuasa.

Saksi berkata, hari ini beratus-ratus orang kebanyakannya golongan muda turun ke jalan-jalan di bandar Kandahar dan berteriak 'Mati AS' dan 'Mati Karzai'.

Seorang jurucakap kepada pentadbiran wilayah, Zalmai Ayoubi mengesahkan kejadian protes itu, tetapi memberitahu ia diadakan secara aman.

"Hari ini berlaku protes di tiga lokasi di bandar Kandahar dan di daerah Panjwayi," katanya merujuk kepada bandar berhampiran, kira-kira 10 kilometer ke barat daya Kandahar.

Di timur bandar Jalalabad pula, beratus-ratus pelajar menyekat lebuh raya utama menuju ke ibu negara Kabul, menurut jurucakap Menteri Dalam Negeri, Zemarai Bashary kepada AFP.

"Protes di Jalalabad tidak ganas tetapi mereka telah menyekat laluan utama antara Kabul-Jalalabad. Mereka membantah pembakaran al-Quran di AS," ujarnya.

Tunjuk perasaan yang tercetus akibat pembakaran al-Quran oleh paderi Florida, Terry Jones bermula di bandar-bandar besar di Afghanistan, Jumaat lalu.

Seramai tujuh kakitangan PBB terbunuh dalam serangan ke atas pejabat mereka oleh penunjuk perasaan di utara bandar Mazar-i-Sharif, tetapi misi PBB menegaskan hari ini, mereka akan terus berada di negara ini. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pakistan, Malaysia berusaha tingkat pelaburan

Posted:

Pakistan, Malaysia berusaha tingkat pelaburan

Pakistan, Malaysia berusaha tingkat pelaburan

Oleh Saleem H. Mandviwalla

Malaysia dan Pakistan telah lama menjalin hubungan baik terutama dalam isu-isu kepentingan bersama.

Selain mempunyai hubungan yang akrab Malaysia dan Pakistan berkongsi pandangan berhubung isu-isu serantau dan antarabangsa termasuk isu mengenai Islam dan memerangi kaganasan.

Malaysia dan Pakistan mahu memperluaskan hubungan dua hala itu bagi faedah bersama, terutama dalam bidang yang akan menguntungkan rakyat kedua-dua negara terutama daripada segi perdagangan.

Seperti kata Pengerusi Lembaga Pelaburan Pakistan (BOI), Saleem H. Mandviwalla perdagangan antara kedua-dua negara masih tidak memberangsangkan, dan kedua-dua negara boleh bekerjasama ke arah meningkatkan peluang pelaburan di negara masing-masing.

Ikuti wawancara wartawan Luar Negara Utusan Malaysia, Muhammad Zulkifli Sainuddin bersama Saleem mengenai usaha-usaha tersebut.

Utusan: Setakat ini bagaimana hubungan perdagangan antara Malaysia dan Pakistan?

Saleem: Perdagangan antara Pakistan dan Malaysia kini lebih memihak kepada Malaysia dengan Pakistan mengimport barangan berjumlah RM6.9 bilion setahun, sementara nilai eksport kami ke negara ini (Malaysia) hanya kira-kira RM454 juta setahun. Kebanyakan produk yang kami import ialah minyak sawit. Berdasarkan angka ini, jelas menunjukkan nilai perdagangan antara kedua-dua negara tidak kompetitif dengan lebih memihak kepada Malaysia. Nilai pelaburan tertinggi Malaysia di Pakistan yang pernah dicatatkan ialah kira-kira RM2 bilion, tetapi ia mengalami penurunan ekoran krisis ekonomi global pada 2008 apabila nilai pelaburan itu turun kepada kira-kira RM182 juta pada tahun lalu.

Bagaimana dengan potensi pelaburan di Pakistan?

Saleem: Pakistan mempunyai jumlah penduduk kira-kira 170.6 juta orang dan ini adalah satu pasaran yang besar, berbanding Malaysia yang hanya mempunyai kira-kira 25 juta penduduk. Masih banyak sektor di Pakistan yang belum diterokai sepenuhnya dan saya lihat Malaysia mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk menerokai bidang-bidang tertentu di Pakistan yang kami tidak mempunyai kepakaran.

Apakah sektor-sektor yang berpotensi untuk diceburi di Pakistan?

Saleem: Sektor yang kami lihat berpotensi untuk diterokai di Pakistan ialah sektor tenaga, pertanian, teknologi maklumat, pendidikan dan sektor minyak. Dalam sektor minyak contohnya, Petronas yang terkenal di peringkat global boleh merebut peluang tersebut terutama dalam aktiviti penapisan minyak, saluran paip dan usaha cari gali.

Pakistan sering berhadapan dengan pergolakan dan berlaku insiden serangan bom. Bagaimana dengan jaminan keselamatan pelabur termasuk dari Malaysia?

Saleem: Saya tidak nafikan Pakistan sering berhadapan dengan konflik dan kejadian serangan bom daripada pengganas. Namun, kejadian-kejadian seperti itu hanya berlaku di kawasan-kawasan tertentu terutama di kawasan sempadan dan kerajaan kami terus berusaha untuk meningkatkan keselamatan di negara kami.

Apakah kemudahan-kemudahan pelaburan yang ditawarkan oleh kerajaan Pakistan?

Saleem: Eksport Malaysia ke Pakistan hanya tertumpu kepada produk minyak sawit dan jika ia dikembangkan ke sektor lain, saya yakin nilai eksport Malaysia ke Pakistan boleh meningkat sehingga RM15 bilion setahun. Kami juga menyediakan pelbagai kemudahan termasuk kemudahan pengeluaran visa. Kerajaan kami juga sedang berusahan mengurangkan karenah birokrasi bagi memudahkan urusan perniagaan.

Bagaimana pula dengan dasar pelaburan kerajaan Pakistan?

Saleem: Dasar pelaburan di Pakistan sebenarnya tidak banyak bezanya dengan Malaysia. Kami juga tidak mengenakan sekatan ke atas aktiviti perniagaan dan pemindahan wang antara negara. Anda boleh datang dan memulakan perniagaan di negara kami dalam tempoh 48 jam.

Setakat ini apakah usaha bersama yang telah dilakukan untuk meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara?

Saleem: Malaysia dan Pakistan telah memeterai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan bekerjasama dalam beberapa sektor seperti industri makanan halal. Satu seminar telah diadakan di Kuala Lumpur, Khamis lalu. Ia disertai lebih 50 wakil syarikat utama dari Pakistan dan lebih 150 syarikat utama dari Malaysia. Seminar itu diadakan bagi memberi peluang kepada sektor swasta kedua-dua negara berinteraksi antara satu asma lain untuk menerokai peluang-peluang pelaburan. Kerajaan kedua-dua negara hanya boleh membuka jalan dan memberi keyakinan kepada pelabur, selebihnya bergantung kepada pelabur kedua-dua negara untuk merebut peluang yang ada.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan