Rabu, 27 April 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Thailand dan Kemboja sedia runding gencatan senjata

Posted:

Thailand dan Kemboja sedia runding gencatan senjata

Thailand dan Kemboja sedia runding gencatan senjata


Sekumpulan askar Kemboja berehat di sebalik binaan kuil Preah Vihear. Pertempuran terbaru nyata mengeruhkan lagi hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara.


PHANOM DONG RAK, Thailand - Thailand dan Kemboja semalam bersiap-sedia untuk satu rundingan gencatan senjata selepas pertempuran terburuk di sempadan kedua-dua buah negara berlaku semalam mengakibatkan 13 orang askar terbunuh.

Berpuluh-puluh ribu orang awam terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing kerana askar-askar Thailand dan Kemboja melepaskan tembakan senjata berat seperti mortar, sekali gus menggoyah perdamaian sementara yang dipersetujui sejak Februari lalu.

"Menteri Pertahanan Kemboja, Tea Banh telah bersetuju untuk bertemu rakan sejawatannya dari Thailand di Phnom Penh untuk membincangkan proses gencatan senjata antara kedua-dua belah pihak," jelas Kementerian Pertahanan Kemboja dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwon menyatakan kesediaan sama. "Kami akan berpeluang untuk berbincang. Saya fikir situasi akan reda dalam tempoh beberapa hari," kata Wongsuwon.

Askar Thailand dan Kemboja saling berbalas serangan selama 30 minit berhampiran kuil Preah Vihear berusia 900 tahun yang menjadi fokus ketegangan selepas lokasi itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2008.

Pada 10 Februari lalu, sepuluh orang terbunuh berhampiran kuil tersebut, membuatkan PBB mendesak gencatan senjata tetap dikuatkuasakan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anang lamar Ashanty dalam program Dahsyat

Posted:

Anang lamar Ashanty dalam program Dahsyat

Anang lamar Ashanty dalam program Dahsyat


ANANG dan Ashanty tidak lagi berselindung tentang hubungan istimewa mereka.


JAKARTA - Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Anang Hermansyah mengejutkan peminat apabila melamar penyanyi jelita, Ashanty sebagai kekasihnya semasa mereka muncul dalam program hiburan, Dahsyat yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen RCTI, lapor laman detikhot semalam.

Menurut bekas suami Krisdayanti itu, insiden tersebut berlaku secara spontan selepas pengacara Dahsyat iaitu Olga Syahputra dan Raffi Ahmad tidak henti-henti mengusik dan bertanya tentang hubungannya dengan Ashanty.

Wajah bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan terus bertukar menjadi merah padam dan gementar, sebelum dia terus meluahkan isi hatinya kepada Ashanty dalam program itu.

Ashanty yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik dikatakan memberi jawapan dengan menerima lamaran cinta Anang dalam keadaan malu-malu.

"Ini bukan gimik," kata Anang sebaik sahaja ditanya oleh pihak media Indonesia tentang luahan cintanya kepada Ashanty.

Sementara itu, Ashanty yang memiliki Sarjana Kemasyarakatan dari Universiti Paramadina mengaku dia baru mengenali duda tersebut.

"Aku selalu bilang (kata) kalau kita maksain (paksa) seperti apa Allah tidak mempertemukan, tapi kalau ini jodohnya pasti dimudahkan jalannya," jelas Ashanty.

Pasangan duet lagu Jodohku itu difahamkan mengenakan baju berwarna merah jambu sedondon sewaktu hadir ke studio RCTI di Kebon Jeruk, Jakarta Barat semalam. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Emma Watson nafi tukar universiti kerana dibuli

Posted:

Emma Watson nafi tukar universiti kerana dibuli

Emma Watson nafi tukar universiti kerana dibuli


EMMA WATSON


LONDON - Bintang filem Harry Porter, Emma Watson yang akan menghentikan pengajiannya di Universiti Brown pada musim luruh ini menafikan bahawa dia menjadi mangsa buli sehingga mengambil keputusan untuk berpindah ke universiti lain, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengumuman itu dibuat oleh pelakon berusia 21 tahun tersebut beberapa hari selepas timbul dakwaan mengatakan dia sering diejek dan dibuli oleh rakan-rakan sekelasnya.

Emma dikatakan menjadi subjek usikan sinis oleh kawan-kawannya ketika dia menjawab soalan daripadapensyarah sewaktu kuliah.

Menurut sumber terdekat Emma kepada akhbar New York Daily News: "Kawan-kawan sekelas Emma akan menyampuk sambil meniru dialog paling popular dalam skrip filem Harry Porter."

Jurucakap selebriti yang dianggar memiliki kekayaan berjumlah AS$16.4 juta (RM49.5 juta) itu, Vanessa Davies mengatakan Emma sebenarnya ingin mengambil kursus yang tidak ditawarkan oleh Universiti Brown.

Tidak wujud isu dia dibuli kerana selama ini Emma difahamkan cukup suka menghabiskan waktu belajar di institusi tersebut.

Emma yang memulakan pengajian di universiti yang terletak di Rhode Island itu sebelum ini mengaku berdepan perasaan bimbang jika tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baharunya sewaktu kali pertama mendaftar pada September 2009.

Davies turut menafikan khabar angin bahawa Emma yang mengambil jurusan Sejarah dan Drama Wanita Eropah memilih Ivy League sebagai tempat menyambung pengajian selepas ini.

Universiti Brown menjadi salah satu pusat pengajian tinggi di Amerika Syarikat yang mempunyai alumni terdiri daripada bekas presiden, diplomat-diplomat, golongan diraja dan selebriti lain. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen