Khamis, 21 April 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Perancis bantu pemberontak Libya

Posted:

Perancis bantu pemberontak Libya

Perancis bantu pemberontak Libya


SEBUAH bangunan tentera Muammar Gaddafi musnah akibat bedilan bom pelancar roket di Misrata semalam.


MISRATA - Perancis semalam mengumumkan ia menghantar sepasukan penasihat ketenteraan ke bandar Benghazi, selatan Libya yang merupakan kubu kuat pihak pemberontak di sebalik amaran Tripoli bahawa campur tangan asing akan melanjutkan konflik di negara berkenaan.

Perkembangan tersebut berlaku ketika penduduk di sini berada dalam situasi genting dan merayu bantuan bagi menentang tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang telah membedil bandar ini sejak enam minggu lalu.

Bedilan tentera Gaddafi masih berterusan dengan letupan kuat kedengaran di bandar ini semalam selepas pertempuran sengit semalaman kelmarin dengan beribu-ribu orang cuba untuk melarikan diri.

Di Paris, jurucakap Kementerian Luar Perancis berkata: "Perancis telah menghantar 10 penasihat ketenteraan bersama seorang utusan khas ke Benghazi yang akan mengadakan hubungan dengan kepimpinan pemberontak iaitu Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC).

"Objektif (penghantaran itu) adalah untuk menghulurkan bantuan teknikal, logistik dan nasihat organisasi kepada TNC bagi memperkasakan perlindungan orang awam dan meningkatkan keberkesanan pengagihan bantuan kemanusiaan serta perubatan," jelas jurucakap tersebut.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas sekutu utama Perancis iaitu Britain menyatakan ia menghantar pasukan penasihat ketenteraan bagi membantu menstrukturkan tentera pemberontak di Libya.

Sementara itu, Perancis dan Britain yang melancarkan siri pertama serangan udara ke atas Libya pada 19 Mac lalu bagi menguatkuasakan zon larangan terbang yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kini berusaha untuk meyakinkan sekutu-sekutu mereka supaya memperhebatkan serangan udara tersebut.

Zon larangan itu dikuatkuasakan bagi mengelak Gaddafi menggunakan ruang udara untuk menyerang penduduk awam.

Pergolakan di Libya bermula sejak 15 Februari lalu selepas para pemberontak mengadakan perhimpunan di bandar Benghazi bagi menuntut lebih banyak kebebasan politik sebelum ia bertukar menjadi pertempuran dengan tentera Gaddafi bagi menuntut beliau berundur selepas empat dekad berkuasa.

Kelmarin, seorang pemimpin bandar ini, Nuri Abdullah Abdullati merayu bantuan dari luar negara bagi menamatkan kepungan dua bulan tentera Gaddafi yang telah menyebabkan beratus-ratus penduduk terkorban.

"Sebelum ini, kami sememangnya menolak campur tangan asing tetapi ia sebelum Gaddafi menggunakan bom berangkai dan pesawat," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Emas Hong Kong catat rekod tertinggi

Posted:

Emas Hong Kong catat rekod tertinggi

Emas Hong Kong catat rekod tertinggi


SEORANG wanita berjalan melintasi sebuah kedai menjual barang kemas di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Emas di Hong Kong mencatat jualan lebih AS$1,500 (RM4,522) satu auns (28.34 gram) semalam kerana para peniaga mencari pasaran selamat di tengah kebimbangan masalah ekonomi global.

Logam bernilai itu mencatat harga pada AS$1,500 hingga AS$1,501 (RM4,525) setiap satu auns beberapa hari selepas Standard & Poor's menurunkan hutang Amerika Syarikat (AS) dari negatif kepada stabil.

Harga emas di negara itu sebelum ini mencatat harga AS$1,495 (RM4,507) hingga AS$1,496 (RM4,510) satu auns

Para penganalisis menyatakan bahawa kesan kenaikan harga emas itu adalah akibat ketegangan yang sedang berlaku di Asia Barat, Afrika Utara dan zon Eropah serta kebimbangan hutang tinggi AS.

Sementara itu di London, harga emas turut melonjak melebihi AS$1,500 satu auns buat kali pertama semasa dolar AS berada dalam keadaan lemah selain kebimbangan inflasi tinggi dan hutang.

Keadaan itu menyebabkan para pelabur beralih kepada emas yang merupakan satu pelaburan yang selamat.

Harga emas mencecah AS$1,505.65 (RM4,539) satu auns di Pasaran Jongkong London sebelum diniagakan pada harga AS$1,503.60 (RM4,533) satu auns. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Replika cincin tunang Putera William laris

Posted:

Replika cincin tunang Putera William laris

Replika cincin tunang Putera William laris


CINCIN sebenar Kate Middleton.


LONDON - Replika cincin pertunangan Kate Middleton yang akan berkahwin dengan pewaris kedua takhta Britain, Putera William mendapat permintaan tinggi dengan dijual pada harga £6 (RM29.67), lapor sebuah akhbar semalam.

Harga sebenar cincin pertunangan batu nilam 18 karat dan berlian itu kini bernilai £250,000 (RM1.23 juta) berbanding harga asalnya £28,000 (RM138,462) pada 1983 semasa bapa William, Putera Charles memberikan ia kepada bakal isterinya, Puteri Diana yang juga ibu William.

Replika cincin itu dikeluarkan oleh syarikat Debenhams ekoran permintaan tinggi daripada pelanggan dan ia menyatakan tidak mampu menghasilkan stok untuk simpanan peniaga dalam tempoh yang singkat.

William dan Middleton akan akan berkahwin pada 29 April ini. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan