Rabu, 27 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kate pinjam mahkota Ratu

Posted: 26 Apr 2011 10:05 AM PDT

LONDON: Ratu Elizabeth dikatakan kerap meminjamkan atau menghadiahkan pengantin diraja mahkota pada hari perkahwinan mereka.

Kini, pemerhati perkahwinan diraja menjangka Elizabeth akan meminjamkan satu daripada mahkota miliknya untuk dipakai Kate Middleton pada hari perkahwinannya dengan William. Hari perkahwinan bakal puteri itu mendapat perhatian ramai sehinggakan segelintir orang berminat membuat pertaruhan di seluruh United Kingdom mengenai isu berkenaan.


Wartawan Berita ABC, Duncan Larcombe melaporkan dalam akhbar The Sun, seorang wanita berusia pertengahan abad bertaruh sebanyak 6,000 pound (RM20,000) bahawa Kate akan memakai mahkota 'Fringe' yang dipakai oleh Elizabeth pada hari perkahwinannya pada 1947. Sekiranya, telahan wanita itu tepat, wanita itu berpeluang untuk memenangi 72,000 pound (RM360,000). Jurucakap agensi perjudian itu, Alex Donohue memberitahu Larcombe, "Sekiranya telahan wanita itu betul, kami akan kerugian. Dia berani bertaruk demikian mungkin lerana dia mempunyai banyak wang atau dia memiliki sumber maklumat yang betul." Asal-usul mahkota Fringe menjadi perdebatan di kalangan pihak pentadbiran diraja. Sesetengah ahli sejarah percaya ia dibuat pada 1830 daripada berlian yang dimiliki Raja George III. Koleksi diraja mendakwa ia dibuat pada 1919 untuk Ratu Mary daripada rantai yang diterimanya daripada Ratu Victoria. Mahkota itu diwarisi secara turun-temurun oleh keluarga diraja Britain Sementara itu, cuaca mendung diramalkan pada hari perkahwinan William dan Kate. Peramal kaji cuaca mengatakan hujan mungkin turun sepanjang minggu ini, malah petir turut dijangka berlaku Jumaat ini.

"Cuaca di selatan Britain dijangka mendung dengan hujan turun sekejap-sekejap Jumaat ini," kata jurucakap Pejabat Meteorologi.


"Kemungkinan hujan turun sekejap-sekejap di London dengan cuaca cerah silih berganti. Angin timur laut yang bertiup menyebabkan suhu sedikit dingin," katanya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Artis Jepun seronok ukir wajah pada pisang

Posted: 26 Apr 2011 10:03 AM PDT

TOKYO: Hasil ukiran pelik pada pisang ini yang memaparkan wajah Elvis Prestley dan Davey Jones daripada filem Pirates of The Caribbean - dihasilkan dengan pencungkil gigi dan sudu.

Setiap ukiran dibuat selama setengah jam oleh artis Jepun, Keisuke Yamada sebelum pisang itu mula membusuk.


Apabila ukirannya siap Yamada kemudian merakamkan gambar sebelum memakannya. Sejak memuat turun gambar hasil ukirannya di Internet, Yamada, 23, mula mendapat ramai peminat dan mempunyai idea baru hasil saranan mereka. Setakat ini, dia sudah mengukir 11 ukiran termasuk naga dan tengkorak yang menggerunkan. Yamada berkata: "Saya mula membuat ukiran kira-kira dua minggu lalu dan sejak memuat turun gambar berkenaan, ramai yang menyukainya. "Semuanya bermula ketika saya menyiat kulit pisang dan terfikir mungkin seronok jika saya mengukir wajah pada pisang itu.

"Ukiran pertama adalah wajah seseorang yang tersenyum. Saya terkejut apabila ramai menyukainya, jadi saya mula membuat lebih banyak," katanya. "Mereka mula memberi idea dan memberi saya insipirasi. Sebelum saya mula mengukir, saya berfikir panjang mengenai apa yang mahu diukir.


"Kemudian saya mula bekerja. Saya mahu orang lain menganggapnya menarik.


"Saya hanya menggunakan pencungkil gigi dan sudu. Saya seorang yang mensasarkan kesempurnaan dan setiap ukiran mengambil masa setengah jam untuk dihasilkan," katanya. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen