Ahad, 24 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Lindsay dijel 120 hari

Posted: 23 Apr 2011 12:46 PM PDT

LOS ANGELES: Hakim menjatuhkan hukuman penjara 120 hari ke atas bintang bermasalah Lindsay Lohan, semalam kerana melanggar tempoh pengawasan. Dia juga diperintahkan menjalani kerja khidmat masyarakat di rumah mayat dan pusat wanita di bandar raya ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Los Angeles, Stephanie Sautner memberitahu aktres berusia 24 tahun itu melanggar tempoh pengawasan atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan memandu dalam keadaan mabuk pada 2007 apabila dia mencuri rantai berharga AS2,500 (RM7,500) dari sebuah kedai barang kemas di Venice Beach, Los Angeles. Stephanie berkata, Lindsay yang memulangkan kembali rantai itu hanya selepas polis menunjukkan waran geledah, sepatutnya memulangkannya segera selepas menyedari dia membawanya keluar dari kedai itu. Peguam Lindsay, Shawn Holley mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan termasuk 480 jam tugas khidmat masyarakat sejurus sebelum mahkamah ditutup, semalam. Lindsay dibebaskan kira-kira jam 9.21 malam waktu tempatan selepas membayar ikat jamin AS$75,000 (RM225,000).


Sebelum itu, Lindsay berjaya mendapat tolak ansur Stephanie apabila hakim terbabit meringankan dakwaan feloni tuduhan mencuri dihadapinya kepada kesalahan kecil. Tindakan itu mengurangkan tempoh hukuman penjara yang bakal dihadapi aktres terbabit sekiranya didapati bersalah. Sebutan untuk dakwaan mencuri dihadapi Lindsay ditetapkan 11 Mei depan dan perbicaraan pula dijadualkan bermula pada 3 Jun. Sementara itu, pendakwaraya Danette Meyers mengecam keputusan Stephanie kerana bakal mengurangkan tempoh hukuman penjara daripada tiga tahun atas dakwaan mencuri dihadapi Lindsay kepada setahun atau berkurangan sekiranya dia didapati bersalah.

Menurutnya, Lindsay patut tinggal di penjara lebih lama. "Dia berterusan melanggar undang-undang. Dia tidak serius mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku," katanya. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bintang bola sepak Hong Kong terjun tingkat 36

Posted: 23 Apr 2011 12:43 PM PDT

HONG KONG: Seorang bintang bola sepak Hong Kong yang ternama membunuh diri dengan terjun bangunan pangsapuri selepas bertengkar dengan isterinya, semalam.

Cheung Sai-ho, 35, dinobat sebagai pemain paling berharga Hong Kong pada 2003 dan pemegang rekod dunia - membuat jaringan untuk pasukan belia Hong Kong kira-kira 2.8 saat selepas perlawanan bermula dalam pertandingan Piala Portsmouth di Britain pada 1993. Pemain tengah berbakat yang bersara daripada bidang sukan pada 2008 itu terjun dari tingkap tingkat 36 pangsapuri kediamannya selepas bertengkar dengan isterinya, kata polis sebagaimana dipetik daripada akhbar South China Morning Post. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


- AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan