Ahad, 10 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Pertempuran sengit di Misrata

Posted: 09 Apr 2011 08:49 AM PDT

MISRATA: Pengeboman besar-besaran oleh tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafimenyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh di bandar ini, semalam.

Sumber dari Benghazi, kubu kuat pemberontak, berkata, mangsa termasuk dua kanak-kanak sementara 10 orang lagi cedera.


"Tentera Gaddafi meneruskan serangan rambang terhadap kawasan kediaman," kata sumber itu.

Misrata yang terletak kira-kira 215 kilometer ke timur Tripoli dan menjadi kubu kuat terakhir pemberontak di barat Libya menjadi medan pertempuran sengit sejak lebih 40 hari lalu.


Sementara itu, kritikan terhadap peranan pasukan udara Nato semakin meningkat dengan sumber pemberontak di Benghazi berkata, pakatan itu gagal melindungi penduduk awam Misrata dan tidak bertindak secukupnya terhadap tentera Gaddafi.


Kumpulan penentang itu mendesak supaya Perancis mengambil alih mengetuai operasi berkenaan.

Dalam pada itu, Kesatuan Eropah dan Kesatuan Afrika mengumumkan usaha untuk mengadakan gencatan senjata.


Sekumpulan pemimpin Afrika, termasuk Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma akan melawat Libya beberapa hari lagi untuk membantu mencari jalan penyelesaian. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penunjuk perasaan Mesir enggan undur

Posted: 09 Apr 2011 08:46 AM PDT

KAHERAH: Kira-kira 2,000 orang terus menunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini semalam, tidak mempedulikan tindakan tentera untuk menyuraikan mereka.

Penunjuk perasaan berkenaan sebaliknya berikrar tidak akan berundur selagi bekas Presiden Hosni Mubarak tidak dibicarakan dan tuntutan lain mereka tidak dipenuhi.


Sebahagian penunjuk perasaan yang marah dengan langkah tentera menggunakan belantan untuk mengusir mereka malam kelmarin, bertindak melontar batu ke arah kenderaan askar. Dua trak tentera juga dibakar.

Ratusan ribu rakyat Mesir berkumpul di dataran berkenaan selepas solat Jumaat sebelum dikepung oleh tentera pada sebelah malam.


"Syukur kami berjaya melawan mereka hingga kami boleh terus berada di sini," kata seorang penunjuk perasaan.


Dataran Tahrir menjadi pusat kebangkitan rakyat Mesir hingga membolehkan mereka menggulingkan Hosni pada 11 Februari lalu, selepas 30 tahun berkuasa. — Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen