Jumaat, 8 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Gaddafi rayu pada Obama

Posted: 07 Apr 2011 07:59 AM PDT

PENYOKONG kumpulan pemberontak, Abd El Halim Fakroun mara untuk memberi sokongan moral kepada pemberontak di luar Brega,  timur Libya, semalam.
PENYOKONG kumpulan pemberontak, Abd El Halim Fakroun mara untuk memberi sokongan moral kepada pemberontak di luar Brega, timur Libya, semalam.

WASHINGTON: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam merayu secara langsung kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk menamatkan apa yang disifatkan sebagai peperangan yang tidak adil.

Beliau turut mengucapkan selamat kepada Obama dalam usahanya untuk mempertahankan jawatan dalam pilihan raya tahun depan.


"Anda adalah orang yang mempunyai keberanian secukupnya untuk membatalkan tindakan yang silap," kata Gaddafi dalam surat tiga muka kepada Obama.

"Saya pasti anda mampu untuk bertanggungjawab terhadapnya.

"Untuk memastikan keamanan di seluruh dunia, persahabatan antara rakyat kita, dan demi kepentingan ekonomi serta kerjasama keselamatan dalam memerangi keganasan, anda berada dalam kedudukan untuk menghentikan Nato daripada mencampuri hal ehwal Libya," kata Gaddafi.


Rumah Putih mengesahkan surat berkenaan tetapi enggan mengulasnya secara terperinci.


Gaddafi turut memberitahu Obama sebuah masyarakat demokratik tidak boleh dibina dengan menggunakan peluru berpandu dan pesawat pengebom.

Dalam surat yang dikatakan mempunyai banyak kesilapan ejaan dan tatabahasa Inggeris, Gaddafi memulakannya dengan menyebut Obama sebagai anak.

"Anak kami yang disayangi, yang dihormati, Baraka Hussein Abu Oumama," kata pemimpin Libya itu dalam surat berkenaan.

Beliau juga tidak menyuarakan kemarahan pada Obama dalam surat yang bertarikh 5 April 2011 itu. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

250 pelarian mati lemas

Posted: 07 Apr 2011 07:58 AM PDT

ROME: Kira-kira 250 orang pelarian, kebanyakannya dari negara di Afrika masih hilang dan dikhuatiri mati lemas selepas bot yang mereka naiki dan berlepas dari Libya Isnin lalu, karam.

Jurucakap Pertubuhan Migrasi Antarabangsa, Jean-Philippe Chauzy berkata, bot itu karam kelmarin sebaik saja kapal penyelamat pasukan pengawal pantai tiba.

"Laut bergelora ketika itu dan apabila penumpang berkumpul di tepi, ia senget lalu tenggelam.

"Mereka lemas dalam sekelip mata. Yang tidak tahu berenang cuba berpaut antara satu sama lain," katanya. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan