Sabtu, 2 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Enggan pakai cincin kahwin

Posted: 01 Apr 2011 10:57 AM PDT

LONDON: Putera William akan meninggalkan zaman bujangnya apabila berkahwin tetapi pegawai istana memberitahu, semalam bahawa putera itu tidak akan memakai cincin perkahwinan.

Tunangnya, Kate Middleton merancang memakai cincin kahwin dibuat daripada emas Wales, amalan tradisi keluarga diraja yang diamalkan sejak 90 tahun lalu selepas pasangan itu berkahwin pada akhir bulan ini di Westminster Abbey. Jurucakap William berkata, keputusan itu dibuat atas permintaan peribadi pasangan berkenaan. Menurutnya, maklumat lanjut mengenai rekaan cincin Kate dan sumber asal emas Wales yang digunakan akan diumumkan sebelum perkahwinan berlangsung.


Emas Wales yang bernilai kerana kualiti dan sukar didapati digunakan dalam perkahwinan diraja sejak 1923 dan dipakai Ratu Elizabeth II serta Puteri Diana. Secara tradisi emas daripada ketulan dari lombong emas Clogau digunakan tetapi lombong itu sudah ditutup dan hanya galian perak yang masih ada.

Bagaimanapun, kerajaan British memberikan baginda ratu sebahagian kecil emas Wales pada 1980-an untuk dijadikan sebagai cincin kahwin dan mungkin emas itu yang digunakan. Perkahwinan Putera Charles dan Camilla pada 2005 juga menggunakan sumber emas berkenaan. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaddafi tak berganjak

Posted: 01 Apr 2011 10:55 AM PDT

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berkata semalam, bukan beliau yang sepatutnya meletak jawatan.

Sebaliknya, pemimpin Barat yang memusnahkan pasukan tenteranya dengan serangan udara yang sepatutnya berbuat demikian serta-merta.


Gaddafi menyifatkan pemimpin negara berkenaan yang menyerang negaranya sebagai mereka 'yang gila kuasa.' "Penyelesaian terhadap masalah ini ialah perletakan jawatan mereka serta-merta," kata Gaddafi, dipetik oleh agensi berita Libya, Jana.

Tenteranya kembali mencapai kejayaan dalam menyekat kemaraan kumpulan pemberontak dengan menguasai semula bandar Brega selepas memaksa pengunduran kumpulan penentang itu beberapa kilometer ke wilayah yang mereka kuasai di timur Libya.


Sementara itu, kumpulan pemberontak menyifatkan Gaddafi sebagai haiwan yang cedera.


"Serigala yang cedera adalam lebih berbahaya daripada yang sihat. Kami berharap semakin ramai pegawainya berpaling tadah dan saya percaya beliau akhirnya akan mendapati tidak ada di sekelilingnya lagi," kata jurucakapnya, Mustafa Gheriani. Dalam pada itu, bekas Menteri Luar dan Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ali Abdelssalam mengumumkan perletakan jawatannya menerusi beberapa laman web pembangkang. semalam. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan