Jumaat, 29 April 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Pengantin diraja terima gelaran

Posted: 29 Apr 2011 03:39 PM PDT

Dunia

Istana menyebut William dinama Earl of Strathearn manakala Kate sebagai Countess of Strathearn

LONDON: Putera William dan Kate Middleton menerima hadiah perkahwinan diraja pertama mereka daripada Ratu Elizabeth semalam iaitu gelaran Duke and Duchess of Cambridge.

Istana Buckingham berkata, bahawa William kini secara rasmi bergelar His Royal Highness The Duke of Cambridge manakala isterinya, Catherine Middleton bergelar Her Royal Highness The Duchess of Cambridge. Kenyataan istana menyebut bahawa William dinamakan sebagai Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus, manakala Middleton juga menerima gelaran yang sama sebagai Countess of Strathearn dan Baroness Carrickfergus.

Strathearn mengaitkan William dan Middleton dengan Scotland di mana pasangan itu bertemu dan saling jatuh cinta. Baron Carrickfergus adalah gelaran bangsawan yang merujuk kepada satu daripada bandar tertua di utara Ireland.

Ketiga-tiga gelaran berkenaan dikurniakan nenda William, Ratu Elizabeth II sebagai menandakan perkahwinan putera berkenaan dan diumumkan awal pagi semalam menerusi Twitter, e-mel dan halaman web rasmi perkahwinan diraja.

Disebabkan Middleton tidak dilahirkan dikalangan keluarga diraja, beliau tidak akan secara rasmi menjadi Puteri Catherine walaupun masyarakat umum akan memilih untuk memanggil beliau demikian atau mungkin "Puteri Kate", menolak protokol.
Putera William, 28, pewaris kedua takhta British dan Kate Middleton, 29, sah bergelar suami isteri dalam majlis yang diadakan di Westminster Abbey dengan disaksikan 2,000 tetamu di gereja berkenaan selain dua bilion penonton dari seluruh dunia yang menyaksikan acara yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan internet.

Sementara itu di luar Westminster Abbey, orang ramai dari seluruh dunia mula memenuhi kawasan berkenaan sejak malam sebelumnya dengan harapan untuk melihat lebih dekat majlis penuh bersejarah itu.

"Saya hanya dapat lelap beberapa jam di muka pintu tetapi saya tidak kisah, hari ini adalah satu peluang seumur hidup dan saya perlu berada di sini untuk menyaksikan upacara berkenaan," kata rakyat Kanada, Jay Edmonds.

Malah, ramai peminat yang sanggup berkhemah di sepanjang jalan Westminster semata-mata untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan perkahwinan bersejarah itu.

Dengan membawa bendera Union Jack, Terry Hut, 77, sanggup berkhemah sejak lima hari lalu untuk mendapatkan kedudukan di barisan paling hadapan bagi menyaksikan majlis perkahwinan diraja yang kelima bagi dirinya.

"Mereka akan berjalan secara berasingan tetapi ketika mereka berjalan bersama, mereka akan menjadi raja dan ratu England pada masa hadapan," katanya.

Sementara itu, pihak polis Britain dilaporkan sudah menahan tiga orang dalam operasi keselamatan berkaitan dengan perkahwinan diraja berkenaan.

Penahanan dibuat ketika pasukan polis Britain mempertingkatkan keselamatan pada waktu malam, kelmarin sebelum majlis di Westminster Abbey di mana seramai 5,000 anggota polis ditempatkan bagi menghalang kejadian tidak diingini.

Scotland Yard berkata, tiga individu ditahan di selatan London pada Khamis kerana disyaki menyebabkan gangguan awam dan melanggar keamanan.
Suspek terbabit adalah dua lelaki berusia 68 dan 45 serta seorang wanita berusia 60 tahun yang kini masih dalam tahanan polis Metopolitan. – AP/Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

305 maut Amerika dilanda puting beliung

Posted: 29 Apr 2011 03:34 PM PDT

Dunia

SEORANG wanita, Eleanor Stubbs diselamatkan selepas kediamannya dilanda angin puting beliung di  Concord, Alabama.

SEORANG wanita, Eleanor Stubbs diselamatkan selepas kediamannya dilanda angin puting beliung di Concord, Alabama.

Bencana terburuk sejak beberapa dekad TUSCALOOSA (ALABAMA): Sekurang-kurangnya 305 orang terkorban dan kemusnahan besar berlaku apabila puting beliung paling dahsyat dalam tempoh beberapa dekad melanda wilayah selatan Amerika semalam. Saksi berkata keadaan di Tuscaloosa, tempat lahir Gabenor Alabama, Rober Bentley, amat dahsyat sehingga kawasan itu seolah-olah hilang dari peta Amerika. Penduduk Amerika Syarikat terpaksa bergelut, manakala pihak berkuasa memberi amaran jumlah mangsa yang ditemui mungkin meningkat berikutan kerosakan yang berlaku.

Penganalisis berkata sukar mempercayai lapan negeri dilanda ribut paling buruk ketika musim bunga. Tragedi puting beliung paling banyak menyaksikan kematian di Amerika Syarikat sejak kematian 310 penduduk dalam bencana sama pada 3 April 1974.

"Bencana kali ini mengingatkan penduduk kepada tragedi Taufan Katrina yang melanda pada 2005, manakala kemusnahan yang berlaku seolah-olah seperti sebuah kawasan yang baru dilanda gempa atau peperangan," kata seorang daripada mereka.

Di Alabama sendiri, angka kematian mencecah 204 orang, manakala lebih 1,700 orang cedera. Presiden Barack Obama dan isteri beliau Michelle dilapor melawat negeri paling teruk terjejas itu semalam untuk melihat sendiri tragedi yang melanda penduduk.
"Kehilangan nyawa amat menyedihkan terutama di Alabama. Ribut meragut nyawa ibu dan bapa, anak lelaki dan perempuan, rakan dan jiran malah seluruh masyarakat," katanya berikrar untuk memberikan bantuan persekutuan dengan segera kepada mereka yang memerlukan,"kata Obama di Rumah Putih sambil menyifatkan bencana itu sebagai malapetaka.

Darurat diisytiharkan di Oklahoma hingga ke Georgia di timur manakala gabenor menggesa pasukan keselamatan termasuk 2,000 tentera di Alabama membantu operasi membersih dan menyelamat.

"Kita mempunyai satu malapetaka terbesar di sini di Alabama dengan mengatasi bilangan puting beliung sebelum ini," kata Gabenor Bentley, yang mengisytiharkan bencana besar bagi negeri itu, di mana berjuta penduduk terputus bekalan elektrik.

Pekerja penyelamat berusaha untuk mencari penduduk yang hilang dan cuba untuk menyelamatkan mangsa yang masih lagi terperangkap dalam sisa kemusnahan rumah mereka sendiri. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen