Khamis, 28 April 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Gaddafi sedia musnahkan pelabuhan Misrata

Posted: 27 Apr 2011 03:50 PM PDT

Dunia

PEMBERONTAK berkawat pada pengebumian Ahmed al-Barasi yang dikatakan dibunuh oleh tentera kerajaan di Benghazi, semalam.

PEMBERONTAK berkawat pada pengebumian Ahmed al-Barasi yang dikatakan dibunuh oleh tentera kerajaan di Benghazi, semalam.

BENGHAZI: Muammar Gaddafi akan melakukan apa saja untuk memusnahkan pelabuhan yang 'memeningkan kepala' yang menjadi laluan utama pemisah menentang beliau di bandar raya ketiga Misrata di Libya, kata seorang jurucakap pemisah semalam.

"Pelabuhan ini terlalu menyakitkan kepala kepada Gaddafi jadi beliau mahu memusnahkannya dengan apa cara," kata Kolonel Ahmed Omar Bani, seorang jurucakap Majlis Kebangsaan Transisional Bengazi kepada AFP.

Kenyataan itu dibuat sehari selepas Setiausaha Pertahanan British, Liam Fox berkata bahawa pemisah memulakan tentangan dalam pertempuran untuk Misrata walaupun serangan maut oleh Gaddafi di pelabuhan terbabit. Bani berkata 'kumpulan revolusi' melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan dan melindungi pelabuhan itu tetapi ia adalah pertarungan atasan kerana mereka tidak mempunyai kelengkapan senjata manakala pasukan tentera Gaddafi boleh membuat serangan dari jarak jauh.

"Beliau menggunakan peluru berpandu dari jarak 30-40 kilometer, jadi ia adalah sukar bagi kami untuk menghentikan peluru berpandu berkenaan dengan senjata ringan yang kami ada di Misrata."

Usaha menyasarkan tentera Gaddafi masih menjadi satu cabaran walaupun bagi pasukan NATO kerana mereka yang setia menggunakan kawasan penduduk awam di pinggir termasuk sekolah, kedai malah ladang untuk menyembunyikan senjata dan tentera.

Beliau memberi amaran bahawa Gaddafi boleh membalas dendam terhadap bandaraya itu yang bangkit menentang beliau pada 19 Februari, dua hari selepas serangan kubu Benghazi dan menjadi tumpuan utama konflik.
"Ini adalah budaya Gaddafi, balas dendam, balas dendam, balas dendam. Jika pelabuhan itu jatuh, apa akan berlaku kepada penduduk awam menjadi persoalan?"

Sementara itu, Kesatuan Afrika (AU) semalam menggesa tindakan tentera yang mensasarkan pegawai kanan Libya ditamatkan, dua hari selepas satu serangan udara sekutu mengenai halaman rumah Moamma Gaddafi di Tripoli.

"Majlis menggesa semua terbabit untuk mempertahankan dari tindakan, termasuk operasi tentera mensasarkan pegawai kanan Libya yang akan memburukkan keadaan dan menjadikan lebih sukar untuk mencapai persetujuan antarabangsa," kata AU. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PAP dijangka ditentang hebat

Posted: 27 Apr 2011 03:50 PM PDT

Dunia

Hadapi pertandingan hampir semua kerusi, catat sejarah pilihan raya Singapura

SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) di bawah pimpinan Lee Hsien Loong, yang menampilkan banyak calon baru dijangka berdepan dengan tentangan besar dalam sejarah pilihan raya umum negara berkenaan.

PAP dijangka menghadapi pertandingan sama ada hampir semua atau keseluruhan 87 kerusi yang dipertandingkan. Calon yang bertanding mengemukakan pencalonan masing-masing di sembilan pusat penamaan calon yang dibuka selama sejam semalam bermula 11 pagi hingga 12 tengahari.

Bagi pilihan raya umum ke-11 kali ini, ada 12 kawasan undi perseorangan (SMC) dan 15 kawasan undi perwakilan kumpulan (GRC).

PAP kini menguasai 82 daripada 84 kerusi. Dua kerusi adalah di tangan pembangkang iaitu Hougang dan Potong Pasir.

Dengan tentangan lebih besar daripada pembangkang, PAP kali ini diramal tidak akan dapat membentuk pemerintah pada Hari Penamaan Calon seperti pilihan raya lalu.
Ini adalah kali kedua Lee akan memimpin partinya dalam pilihan raya umum, yang disifatkan beliau sebagai pilihan raya yang genting kerana bertujuan memperbaharui kepimpinan bagi masa depan Singapura.

PAP menampilkan 24 calon baru, dengan sekurang-kurangnya lima daripada mereka berpotensi memegang jawatan kabinet dan membentuk kepimpinan utama masa depan.

Daripada kalangan muka baru itu, dua adalah calon Melayu, Zainal Sapari dan Dr Intan Azura Mokhtar, menggantikan Speaker, Abdullah Tarmugi, dan Dr Ahmad Mohamed Magad yang bersara.

Ketika Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, memimpin PAP untuk kali pertama pada pilihan raya umum 2006, parti pemerintah meraih mandat besar 66.6 peratus dan berjaya membentuk pemerintah setelah memenangi 37 kerusi tanpa bertanding pada Hari Penamaan Calon.

Bagi memastikan rakyat memahami pentingnya membuat pilihan yang tepat, Perdana Menteri, Lee, menggariskan dua faktor penting yang harus ditimbangkan pengundi, iaitu parti mana yang boleh menjamin masa depan mereka dan parti manakah yang mampu merubah republik ini menjadi sebuah tempat yang menawarkan pelbagai peluang.

Parti pembangkang pula menimbulkan beberapa isu seperti perumahan, kos kehidupan dan kebanjiran pendatang asing. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen