Rabu, 6 April 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Tokyo gagal beri maklumat penuh

Posted: 06 Apr 2011 01:37 PM PDT

Dunia

IKAN dilambak di pasar Hirakata, wilayah Ibaraki, semalam untuk jualan kali pertama sejak gempa dan tsunami melanda. Kementerian Kesihatan Jepun mengesan tahap radiasi  dalam ikan kecil di Ibaraki.

IKAN dilambak di pasar Hirakata, wilayah Ibaraki, semalam untuk jualan kali pertama sejak gempa dan tsunami melanda. Kementerian Kesihatan Jepun mengesan tahap radiasi dalam ikan kecil di Ibaraki.

India haram produk makanan Jepun selama 3 bulan, ikan ada radiasi tinggi

TOKYO: Jepun mengakui sepatutnya memberi lebih banyak maklumat kepada negara jiran berhubung pencemaran radioaktif di lautan selepas menghentikan cecair radioaktif masuk ke laut semalam dari sebuah loji jana kuasa yang musnah.

Pengakuan itu dibuat selepas Korea Selatan dan China menyuarakan kebimbangan mengenai krisis nuklear dan cecair radioaktif dipam ke dalam laut manakala India mengharamkan pengimportan produk makanan Jepun selama tiga bulan. Meskipun berjaya menghentikan kebocoran itu, pegawai mengesan lebih 4,000 becquerel iodine-131 sekilogram dalam ikan beberapa kilometer dari bandar Kitaibaraki, selatan loji Fukushima. Ikan itu juga mengandungi 447 becquerel cesium-137, unsur lebih bahaya berbanding iodine-131 kerana lebih tahan lama.

Bahan radioaktif dikesan dalam laut direkodkan 4,800 kali melebihi had dibenarkan, namun sejak itu turun kepada 600 kali ganda. Air yang tinggal dalam reaktor mempunyai paras radiasi lima juta kali ganda melebihi had dibenarkan.

"Kami arah Kementerian Perdagangan dan Luar bekerja sama supaya penjelasan terperinci dibekalkan terutama kepada negara jiran," kata Ketua Setiausaha Kabinet Yukio Edano kepada sidang media semalam.

Selain itu, walaupun berjaya menahan kebocoran di loji nuklearnya, jurutera masih perlu mengepam 11.5 juta liter air laut tercemar balik ke laut kerana mereka sudah ketiadaan ruang simpanan di kemudahan itu. Air laut digunakan untuk menyejukkan rod bahan api terlebih panas.
Pakar nuklear berkata, reaktor yang rosak belum lagi terkawal hampir sebulan selepas ia dilanda gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.

Pengendali loji Tokyo Electric Power (TEPCO) berkata ia menahan kebocoran dengan menggunakan cecair kaca dalam satu daripada enam reaktor yang rosak dalam bencana nuklear terburuk dunia sejak insiden Chernobyl pada 1986.

"Kebocoran diperlahankan semalam (Selasa) selepas kami memasukkan cecair kaca dan sejenis ejen pengeras dan kini ia berhenti," kata jurucakap TEPCO.
Jurutera bertungkus lumus menghentikan kebocoran reaktor nombor 2 hingga menggunakan habuk kayu dan surat khabar.

Bagaimanapun, ikan mengandungi paras tinggi radioaktif sudah ditemui meskipun Tokyo menyatakan radiasi akan segera berkurangan jika dibuang di laut.
"Situasi masih belum terkawal lagi," kata Thomas Grieder, penganalisis Aisa di firma IHS Global Insight. – Reuters/Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pendaki lancar ekspedisi bersihkan Everest

Posted: 06 Apr 2011 01:35 PM PDT

Dunia

PENDAKI gunung Jepun, Ken Noguchi menunjukkan sebahagian daripada 1,600 kilogram sampah sarap yang dibawa turun dari Gunung Everest dalam foto 2001.

PENDAKI gunung Jepun, Ken Noguchi menunjukkan sebahagian daripada 1,600 kilogram sampah sarap yang dibawa turun dari Gunung Everest dalam foto 2001.

KATMANDU: Sepasukan pendaki gunung diketuai veteran Sherpa terbang ke Gunung Everest semalam dalam satu ekspedisi untuk membersihkan bertan-tan sampah ditinggalkan di puncak tertinggi dunia itu.

Sejak Everest kali pertama ditakluk pada 1953, ribuan orang sudah mendakinya, meninggalkan botol oksigen kosong, tali, khemah dan sampah lain yang menjadikan perjalanan mereka lebih mudah.

Kerajaan Nepal sejak itu mengenakan peraturan supaya pendaki membawa turun segala yang mereka bawa ke atas pergunungan atau deposit mereka tidak dipulangkan, namun ia masih dicemari kotoran pendakian lalu. Pasukan yang meninggalkan bandar ini semalam, diketuai Apa, Sherpa yang mendaki Everest sebanyak 20 kali yang merancang membawa turun 5,000 kilogram sampah ketika pendakian musim bunga.

"Saya lakukannya untuk negara saya, rakyat saya dan untuk Everest," katanya.

Pasukan itu berharap untuk membersihkan 4,000 kilogram sampah dari bahagian pergunungan lebih rendah dan tambahan 1,000 kilogram dari kawasan berhampiran kemuncak setinggi 8,850 meter.

Sampah sarap itu akan dibawa turun oleh anggota ekspedisi serta pembawa beg dan pemandu ekspedisi lain yang akan diberi upah 100 rupee (RM4.24) bagi setiap kilogram yang dibawa turun.
Ang Tshering, penganjur Eco Everest Expedition, berkata ini adalah tahun keempat ekspedisi pembersihan dijalankan.

Apa kali pertama mendaki Everest pada 1989 dan mengulanginya hampir setiap tahun selepas itu. Beliau sejak itu berkempen mengenai keadaan semakin teruk di puncak Himalaya itu berikutan pemanasan global dan isu lain.

Katanya, kali pertama mendaki Everest, laluan ke kemuncak itu diliputi ais dan salji, kini ia dipenuhi dengan batuan terdedah. Ais yang mencair turut mendedahkan jurang glasier yang dalam, menjadikan ekspedisi semakin bahaya.

Apa membesar di kaki bukit Everest dan mula membawa peralatan dan bekalan untuk pendaki pada usia 12 tahun. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen