Jumaat, 18 Mac 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Peralatan letupan ditemui

Posted:

Peralatan letupan ditemui

Peralatan letupan ditemui

JAKARTA 18 Mac – Polis Indonesia hari ini menemui peralatan letupan di pinggir bandar Jakarta, selepas empat 'bom buku' dihantar kepada beberapa tokoh Islam dan pegawai antikeganasan di ibu negara ini.

Bom terbaru itu ditemui di komplek kediaman di Cibubur dan dilaporkan meletup sejurus selepas skuad pemusnah bom memindahkannya ke kawasan tanah lapang.

Bagaimanapun letupan itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Menurut ketua polis tempatan, Dadang Raharja kepada Metro Telivesyen, bungkusan bom itu diletakkan di dalam beg plastik dan mempunyai tulisan amaran bahawa ia mengandungi bom dan beberapa perkataan Arab.

Semalam, bungkusan bom ditemui disembunyikan di dalam sebuah buku berjudul Militan Yahudi yang dihantar kepada penyanyi rock Indonesia, Ahmad Dhani, penyanyi dikenali dengan lagu-lagu yang memprotes fahaman pelampau agama, semalam.

Selasa lalu, polis menemui tiga lagi bom sama, termasuk satu yang meletup dan menyebabkan empat orang cedera.

Satu bungkusan bom itu dialamatkan kepada aktivis Islam liberal, Ulil Abshar Abdalla yang memperjuangkan fahaman pluralisme dan toleransi agama.

Dua lagi bom dialamatkan kepada bekas pegawai kanan polis antikeganasan, Goris Mere dan pengerusi pertubuhan belia Pemuda Pancasila, Yapto Suryosumarno.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam mengarahkan Agensi Perisikan Kebangsaan, polis dan tentera menyiasat penghantaran bom itu dan 'tidak memberi peluang kepada sesiapa untuk merosakkan keselamatan di negara ini'. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MESSENGER jelajah sistem solar lebih 6 tahun

Posted:

MESSENGER jelajah sistem solar lebih 6 tahun

MESSENGER jelajah sistem solar lebih 6 tahun

WASHINGTON 18 Mac - Kapal angkasa NASA mula mengorbit planet Utarid semalam dan menjadi kapal pertama terbang menghampiri planet yang paling hampir dengan matahari, kata agensi angkasa.

Kapal angkasa tersebut dikenali sebagai MESSENGER mula mengorbit Utarid pada pukul 9 malam waktu tempatan (10 pagi waktu Malaysia) di dalam misi mengelilingi planet itu selama satu tahun bumi untuk tujuan kajian.

Sebelum ini, MESSENGER telah memulakan perjalanannya lebih dari enam tahun menjelajah sistem solar.

NASA berkata, setelah sampai ke orbit, ia merupakan kejayaan terbesar dan pertama dalam dunia kejuruteraan dan saintifik di sistem solar.

Dalam pada itu, untuk beberapa minggu akan datang, para jurutera akan memastikan sistem kapal angkasa MESSENGER berjalan lancar bagi mengharungi keadaan panas di Utarid.

Bermula pada 23 Mac ini, peralatan sistem tersebut akan diperiksa dan dipasangkan, dan pada 4 April, misi utama sains akan bermula.

Jelas NASA, MESSENGER berada 46 juta kilometer dari matahari dan 155 juta kilometer dari bumi ketika melakukan perjalanan untuk mengorbit Utarid.

Sementara itu, NASA telah melakukan kajian terhadap planet Utarid sejak tiga dekad lalu menerusi misi Mariner dan MESSENGER dilihat mampu menghasilkan penemuan baru mengenai bentuk permukaan planet tersebut yang dipenuhi kawah setelah beberapa kajian dilakukan.

"MESSENGER mula dilancarkan pada 2004 dan telah menjelajah sejauh 7.9 juta kilometer di angkasa lepas, di samping mengharungi pelbagai rintangan," ujar NASA. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan