Rabu, 9 Mac 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Libya tingkatkan serangan

Posted:

Libya tingkatkan serangan

Libya tingkatkan serangan


AHLI keluarga anggota pemberontak menangisi kematiannya yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera setia kepada Muammar Gaddafi di Ras Lanuf, semasa jenazahnya dibawa ke rumah di Benghazi, Libya, semalam. - REUTERS


RAS LANOUF 9 Mac - Tentera Muammar Gaddafi yang menggunakan kereta kebal, roket dan pesawat perang memperhebatkan kempen untuk menghancurkan pemberontak, sementara Amerika Syarikat (AS) mahu zon larangan terbang di ruang udara Libya dikuatkuasakan dengan sokongan penuh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Presiden AS, Barack Obama dan Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, mereka akan merancang 'segala bentuk tindakan' yang boleh diambil terhadap Gaddafi manakala para pegawai AS menemui pemimpin pembangkang yang mahu menggulingkan pemimpin veteran Libya itu.

Ketika pertempuran bertambah sengit, seorang jurucakap pemberontak mendakwa seorang perantara Gaddafi menawarkan rundingan tetapi ditolak bulat-bulat oleh kem pemberontak.

Dakwaan tersebut disifatkan sebagai 'karut' oleh seorang pegawai kerajaan di Tripoli, di mana Gaddafi muncul lewat malam tadi di sebuah hotel yang popular di kalangan wartawan asing di ibu negara Libya itu.

Bunyi bedilan bertalu-talu kedengaran di barisan hadapan dengan bahagian timur Libya yang dikuasai pemberontak.

Askar kerajaan melancarkan bedilan roket dan meriam tidak putus-putus ke atas bandar minyak Ras Lanouf yang dikuasai pemberontak, dan berpuluh-puluh pejuang anti-Gaddafi kelihatan bergerak mengikut jalan padang pasir.

Pemberontak yang menguasai kebanyakan kawasan di timur Libya mendapati kemaraan mereka ke Tripoli disekat sejak hujung minggu lalu apabila tentera rejim menawan semula pekan Bin Jawad, 15 kilometer ke barat Ras Lanouf.

Seeorang bekas pegawai rejim berkata, tentera Gaddafi telah melancarkan serangan habis-habisan ke atas Zawiyah, bandar pemberontak yang paling dekat dengan Tripoli, dan menggambarkan situasi di sana sebagai 'sangat kritikal'.

"Di setiap sudut ada orang melepaskan tembakan. Dia (Gaddafi) mahu menawannya hari ini dan masyarakat antarabangsa perlu melakukan sesuatu," kata Murad Hemayma mengenai bandar strategik yang dibedil oleh kereta kebal dan askar Gaddafi sejak beberapa hari lalu.

Jika Zawiyah yang boleh dikatakan kawasan sempadan antara bahagian barat dan timur, jatuh kembali ke tangan Gaddafi, satu keadaan buntu akan berlaku dengan Libya berpecah kepada sebelah barat yang setia kepada rejim dan bahagian timur yang dikuasai pemberontak.

Zawiyah yang mempunyai 200,000 penduduk dikepung untuk hari kelima dengan laporan berbeza berhubung siapa yang kini mengawal bandar itu.

Satu pasukan tentera dipimpin seorang daripada anak Gaddafi, Khamis dipercayai melancarkan serangan tersebut dibantu dengan kereta kebal untuk memaksa pemberontak berundur dari pusat kawalan mereka di Dataran Syahid.

Hospital di bandar itu dipenuhi dengan mayat dan mereka yang cedera manakala banyak rumah di sana rosak, menurut penduduk yang melarikan diri sejak dua hari lalu. - AFP/AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kawasan kediaman PM Thai ditutup

Posted:

Kawasan kediaman PM Thai ditutup

Kawasan kediaman PM Thai ditutup

BANGKOK 9 Mac - Pusat Penyelesaian Keadaan Darurat Thailand (CRES) menutup semua jalan di sekitar rumah Perdana Menteri dan meningkatkan tahap perlindungan ke atas pemimpin negara ini ketika bertugas di kawasan terbuka, lapor TNA.

Jurucakap CRES, Mejar Jeneral Prawut Thawornsiri berkata, pusat tersebut telah mengeluarkan pengumuman keempat menghalang penggunaan jalan raya di sekitar rumah Perdana Menteri.

Arahan terbaru itu melibatkan Sukhumvit Soi 39, antara persimpangan Jalan Sukhumvit dan Jalan Phetchaburi; Sukhumvit Soi 33 dan Jalan Sukhumvit Soi 31 antara persimpangan Jalan Sukhumvit dan Jalan Sawasdee dan dari Sukhumvit Soi 39 dan persimpangan Promsri sehingga persimpangan Sekolah Sawaddee Wittaya.

Pengumuman tersebut dikeluarkan ekoran kejadian sebelum ini di mana penunjuk perasan akan berkumpul di jalan-jalan raya ini dan mengakibatkan masalah kepada penduduk tempatan.

Ketua Polis Negara juga mengarahkan pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan tahap keselamatan ketika Perdana Menteri bertugas di kawasan terbuka untuk menghalang orang-orang ramai mendekatinya bagi mengemukakan aduan.

Bagi menghadapi demonstrasi dirancang oleh 'Baju Merah' pada 12 Mac ini, 26 pasukan polis telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan memberi fokus kepada Tugu Demokrasi, Bangunan Kerajaan, bangunan Parlimen dan kawasan sekitar demonstrasi yang akan diadakan bagi menghalang pertempuran berlaku. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan