Selasa, 8 Mac 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Lee Kuan Yew mengaku silap

Posted:

Lee Kuan Yew mengaku silap

Lee Kuan Yew mengaku silap

SINGAPURA 8 Mac – Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew mengakui beliau silap tentang integrasi kaum Melayu dan Islam yang begitu baik di Singapura.

Laporan akhbar The Straits Times hari ini merujuk satu kenyataan yang dikeluarkan bekas perdana menteri itu malam tadi berhubung kenyataannya dalam buku terbarunya Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going, dan reaksi yang timbul berikutan kenyataannya.

"Hard Truths adalah sebuah buku berdasarkan kepada siri temu ramah selama 32 jam dalam tempoh masa dua tahun," kata beliau.

"Saya telah membuat satu kenyataan mengenai integrasi umat Islam dengan komuniti lain pada dua atau tiga tahun lepas.

''Menteri-menteri dan Anggota Parlimen, kedua-dua kaum Melayu dan bukan Melayu, sejak itu memberitahu saya bahawa Melayu Singapura sebenarnya mengambil usaha-usaha khusus untuk berintegrasi dengan masyarakat yang lain, terutamanya selepas 9/11, dan bahawa apa yang saya nyatakan itu adalah ketinggalan zaman.

"Saya mengaku silap. Saya harap trend ini (integrasi) akan berterusan pada masa hadapan," kata Lee.

Buku itu, berasaskan kepada siri temu bual yang diberikan oleh Lee kepada sepasukan tujuh wartawan daripada The Straits Times, diterbitkan oleh Straits Times Press dan dilancarkan pada 21 Jan. – BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaddafi ditawarkan pengampunan

Posted:

Gaddafi ditawarkan pengampunan

Gaddafi ditawarkan pengampunan


TENTERA penentang Gaddafi mencari perlindungan semasa serangan udara dilancarkan ke atas kedudukan mereka di bandar Ras Lanuf, timur Libya, semalam. - REUTERS


HAMBURG 8 Mac - Seorang pemimpin pemberontak Libya, Mustafa Abdel Jalil menawarkan pengampunan kepada Muammar Gaddafi jika pemimpin veteran itu bersedia untuk meninggalkan Libya.

Abdel Jalil, bekas Menteri Kehakiman yang kini mempengerusikan pentadbiran pemberontak dikenali sebagai Majlis Kebangsaan Libya, membuat kenyataan yang disiarkan semalam di laman web majalah mingguan Jerman, Stern.

Beliau mengesahkan rejim Gaddafi ada menghubungi kem pemberontak, tetapi berkata beliau sendiri tidak berhubung dengan pemimpin Libya itu dan tiada rundingan yang dijalankan.

Majlis tersebut yang terdiri daripada wakil dari bandar-bandar yang dikuasai pemberontak di timur Libya menentang campur tangan tentera asing tetapi mahu bantuan untuk menyekat serangan tentera udara Gaddafi.

"Kami merayu kepada masyarakat antarabangsa supaya menguatkuasakan zon larangan terbang dengan secepat mungkin.

"Tentera udara mesti dihalang daripada mengebom kami," kata Abdel Jalil.

Beliau juga menafikan laporan televisyen Tripoli yang mendakwa pemberontak menggunakan penduduk awam sebagai perisai manusia.

"Rakyat berjuang di pihak kami kerana mereka mahukan revolusi dan sesiapa yang tidak mahu berperang, tidak perlu berperang, kerana kami tidak pernah memaksa mereka," katanya. - dpa

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan