Sabtu, 5 Mac 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Gaddafi gagal singkir pemberontak

Posted:

Gaddafi gagal singkir pemberontak

Gaddafi gagal singkir pemberontak


TENTERA pemberontak melepaskan tembakan menggunakan senapang anti-pesawat semasa bertempur dengan tentera pro-Gaddafi dekat Ras Lanuf, kelmarin. - REUTERS


TRIPOLI 5 Mac - Regim Muammar Gaddafi gagal dalam cubaan merampas kembali bandar berdekatan ibu negara ini dengan menyerang balas kumpulan penentangnya dengan melepaskan gas pemedih mata dan tembakan untuk menyuraikan demonstrasi bantahan di ibu negara Libya ini semalam.

Sekurang-kurangnya 83 terbunuh dalam pertempuran berasingan di tiga bandar tetapi pemberontak berjaya mengukuhkan kedudukan dan merampas bandar berkenaan dari kawalan Gaddafi.

Namun, pemberontak menyatakan mereka berjaya mengundurkan tentera yang setia kepada Gaddafi dari bandar pelabuhan minyak Ras Manuf, Ajdabiyah yang terletak di timur Tripoli.

Pasukan keselamatan Gaddafi menyerang bandar Zawiyah yang dikuasai oleh kumpulan pemberontak selepas solat Jumaat dan membunuh ketua pemberontaknya.

Sekurang-kurangnya 30 orang awam dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di bandar itu.

Jurucakap pasukan pemberontak, Youssef Shagan berkata, mereka terpaksa berundur ke Dataran Syahid di Zawiyah.

''Mereka menembak orang awam. Kami masih mengawal pusat dataran Zawiyah. Mereka berada kira-kira empat atau lima kilometer daripada kami,'' kata jurucakap pemberontak,

Shagan berkata, komander tentera mereka, Hussein Darbuk telah dibunuh di Harsha, sebuah bandar kecil di luar Zawiyah.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Mohamed berkata, pasukan Gaddafi menggunakan pelancar bom, mesingan dan menempatkan penembak hendap di sebuah hoel baru di bandar itu untuk menembak penunjuk perasaan ketika mereka berarak selepas solat Jumaat.

Di Ajdabiyah, pasukan pemberontak mendakwa mereka berjaya mengusir tentera Gaddafi dari bandar Ras Lanuf semalam.

Sebanyak 26 orang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran tersebut dan jumlah tersebut dijangka meningkat ketika masih banyak mayat ditemui.

"Kami telah berjaya merampas Ras Lanuf 100 peratus," kata tentera pemberontak, Hafez Ihrahim kepada Reuters di Ras Lanuf, sebuah bandar pelabuhan minyak utama di Laut Mediterranean, yang terletak di jalan pantai sekitar 660 kilometer di timur Tripoli.

Dalam pada itu, sebanyak 27 orang terbunuh dan berpuluh lagi cedera apabila sebuah gudang simpanan senjata tentera Libya berdekatan Benghazi meletup.

''Seramai lapan terbunuh dalam letupan di pangkalan tentera Rajma manakala lebih 20 lagi cedera,'' kata seorang pakar bedah di pusat perubatan Benghazi, Imad Talahma.

Jurucakap pemberontak di Benghazi, Mustafa Gheriani berkata, mereka tidak pasti sama ada ia satu sabotaj, kemalangan atau serangan udara namun tiada sesiapa pun nampak pesawat melalui ruang udara di sini. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UK dedahkan fail UFO

Posted:

UK dedahkan fail UFO

UK dedahkan fail UFO

LONDON 5 Mac - Sebanyak 35 fail rahsia yang mencatatkan penemuan objek terbang tidak dikenali (UFO) oleh tentera dan orang awam sejak 1950an di Britain, didedahkan kelmarin.

Fail-fail tersebut mengandungi kira-kira 8.500 muka surat yang meliputi gambar, lukisan dan gambaran penemuan objek terbang dan surat-surat Kementerian Pertahanan yang dihantar kepada saksi-saksi sebagai maklum balas kepada penemuan mereka, dari 1997 ke 2005.

Anggota polis, seorang askar, seorang pegawai Tentera Udara Diraja (RAF) dan orang awam melaporkan penemuan objek seperti pesawat berbentuk gula-gula pudina dan objek terbang menyerupai cincin, ampai-ampai dan gasing berwarna perak.

Dalam satu kejadian, seorang lelaki mempercayai dia diculik oleh makhluk asing pada Oktober 1998 selepas melihat pesawat tidak diketahui terbang di atas rumahnya di London dan mendapati waktu bertambah sejam ketika kejadian itu.

''Ia seperti sebuah kenderaan berbentuk cerut besar dengan pelancar di tepinya seakan-akan sayap,'' katanya kepada kementerian itu.

Kementerian itu menyatakan lelaki tersebut memaklumkan objek tersebut mungkin sebuah pesawat.

Ia menambah, tambahan masa sejam itu mungkin berlaku ekoran jamnya ditetap lewat sejam ketika kejadian itu.

Sebuah lagi fail yang didedahkan oleh Arkib Negara menyatakan bagaimana RAF menerima banyak panggilan pada 1997 selepas penduduk di selatan England bangun pagi dan menemui enam UFO kecil yang mengeluarkan bunyi 'bip' dalam keadaan berbaris dari Isle of Sheppey sehingga Terusan Bristol.

Satu pasukan pelupusan bom meletupkan satu daripada UFO itu, sebuah lagi UFO dibawa perkampungan Aldermaston dan kedua-dua tentera dan unit perisikan telah dikerahkan ke tempat kejadian yang dianggap sebagai satu penjajahan makhluk asing.

Namun, pihak berkuasa mendapati pelajar kejuruteraan Kolej Teknikal Farnborough telah membina dan menempatkan UFO berkenaan bagi mengumpul dana untuk kebajikan.

''Ia sememangnya menimbulkan persoalan mengenai apa sebenarnya berlaku pada masa depan, adakah kita sudah bersedia,'' kata penulis buku The UFO Files dan jururunding projek UFO Arkib Kebangsaan, David Clarke. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen