Jumaat, 4 Mac 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Hanya runding pengunduran

Posted:

Hanya runding pengunduran

Hanya runding pengunduran


TENTERA-TENTERA pemberontak anti-Gaddafi melepaskan tembakan ke udara semasa majlis pengebumian seorang daripada anggota mereka yang terbunuh semasa bertempur dengan tentera yang setia dengan Gaddafi di Ajdabiya, timur Libya, kelmarin. – AP


AL-BAYDA 4 Mac – Pemberontak yang telah menubuhkan sebuah pentadbiran Majlis Kebangsaan Libya di timur Libya bersedia untuk mengadakan rundingan hanya mengenai peletakan jawatan Muammar Gaddafi atau kehidupan beliau dalam buangan supaya pertumpahan darah dapat dihentikan.

Pendirian penentang rejim Gaddafi itu dinyatakan semalam oleh Ahmed Jabreel, seorang pembantu kepada bekas Menteri Kehakiman, Mustafa Abdel Jalil yang mengetuai majlis tersebut yang berpangkalan di Benghazi.

Kata Jabreel, serangan udara untuk mewujudkan zon 'larangan terbang' diperlukan untuk membantu pemberontak menjatuhkan Gaddafi yang terus bertahan sekalipun berdepan dengan tentangan keras.

"Jika ada rundingan, isunya hanya satu iaitu bagaimana Gaddafi boleh meninggalkan negara ini atau meletakkan jawatan supaya kita dapat menyelamatkan nyawa.

"Tiada perkara lain untuk dirundingkan," kata Jabreel yang diberi kuasa untuk bercakap bagi pihak Jalil.

Tegasnya, pemberontak tidak akan merundingkan sebarang penyelesaian politik.

"Kami mahu dia dibicarakan, tetapi jika kami tidak memberi jalan keluar kepadanya, kami sedar ramai lagi penduduk akan terbunuh," kata Jabreel di Al-Bayda, bandar tepi pantai yang dikuasai oleh pemberontak di timur Libya.

Majlis tersebut telah meminta serangan udara dilancarkan dengan sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas apa yang mereka dakwa sebagai askar upahan Afrika yang berperang untuk Gaddafi.

Pesawat perang tentera Gaddafi menggempur bandar-bandar di timur semalam selepas melancarkan serangan darat ke atas bandar pelabuhan Brega kelmarin, yang ditangkis oleh pemberontak.

"Saya tidak fikir Gaddafi masih memikirkan cara untuk menawan semula timur Libya.

"Dia sedang cuba mempertahankan apa yang masih di tangannya dan mencari penyelesaian politik," kata Jabreel. – Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PDI-P pimpinan Megawati ditawar jawatan menteri

Posted:

PDI-P pimpinan Megawati ditawar jawatan menteri

PDI-P pimpinan Megawati ditawar jawatan menteri

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


MAHARANI (kiri) bersama ibunya, Megawati Soekarnoputeri di Jakarta, baru-baru ini. - AGENSI


JAKARTA 4 Mac - Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P) pimpinan Megawati Soekarnoputeri telah ditawarkan tiga jawatan Kabinet oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Satu daripada jawatan menteri ditawarkan kepada anak Megawati iaitu Ketua Hal Ehwal Politik, Maharani dan beliau disahkan sudah bertemu dengan Presiden Indonesia itu.

Ketua Majlis Perwakilan Rakyat yang juga pemimpin PDI-P, Taufiq Kiemas mengesahkannya tetapi meminta wartawan bertanya sendiri kepada Maharani untuk ulasan lanjut.

Maharani dikhabarkan akan menjawat jawatan Menteri Komunikasi dan Informasi dalam kabinet baru Indonesia itu.

Pertemuan Maharani dengan Susilo menarik perhatian ramai kerana sebelum itu, ibunya yang juga Ketua Umum PDI-P, Megawati beberapa kali menolak permintaan Presiden Indonesia untuk mengadakan pertemuan.

Namun, ia berbeza dengan Taufiq yang telah memberikan bayangan berhubung kesediaan parti itu untuk sama-sama menyertai Sekretariat Gabungan.

Taufiq juga dilaporkan bertemu Menteri Kewangan yang juga Ketua Umum Parti Amanat Nasional (PAN), Hatta Rajasa yang difahamkan untuk berbincang mengenai isu tawaran kerjasama itu beberapa hari lalu.

Dalam satu perkembangan lain, Parti Gerakan Indonesia Raya atau Gerindra yang sebelum ini tidak menganggotai gabungan itu sudah menyatakan kesediaan untuk berganding bahu dengan Presiden Indonesia itu untuk mentadbir negara.

Reaksi parti Gerindra itu dibuat sebagai mengulas spekulasi yang menyebut Presiden Susilo bakal menggugurkan tiga menteri kabinet yang diwakili Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang dilihat sebagai menentang kerajaan.

Seorang pemimpin Gerindra, Desmon Mahesa mengesahkan, parti berkenaan dimaklumkan oleh kepimpinan Parti Demokrat (pimpinan Susilo) mengenai tawaran kerusi kabinet kepada Gerindra.

"Gerindra mahu membantu kerajaan memperkenalkan polisi-polisi dalam kementerian pertanian," kata Desmon kepada akhbar The Jakarta Post.

Banyak rancangan yang mahu diperkenalkan oleh Gerindra berhubung isu-isu meningkatkan taraf kualiti sektor pertanian Indonesia.

Banyak pihak yang meramalkan jawatan kementerian pertanian akan diberikan kepada wakil parti Gerindra.

Susilo mengadakan pertemuan dengan parti-parti politik di dalam dan luar Sekretariat Gabungan kepimpinannya sejak beberapa hari lalu yang dilihat banyak pihak sebagai langkah untuk mengatur kabinet baru beliau. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan