Rabu, 30 Mac 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Radiasi dari Fukushima dikesan di Filipina

Posted:

Radiasi dari Fukushima dikesan di Filipina

Radiasi dari Fukushima dikesan di Filipina


Seorang saintis menggunakan alat pengesan radiasi yang dipanggil SAM 935 untuk memantau tahap radiasi di ibu pejabat Institut Kajian Nuklear Filipina (PNRI) di Manila.


MANILA - Sejumlah kecil bahan radiasi bawaan udara dari loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi, Jepun telah dikesan di Filipina semalam, tetapi Institut Kajian Nuklear Filipina (PNRI) berkata, ia tidak akan membahayakan orang awam.

Agensi nuklear itu memberitahu, pihaknya menemui isotop radioaktif dari loji janakuasa nuklear Fukushima dalam kuantiti yang sangat kecil. "Tahap radiasi bahan tersebut sangat rendah dan ia tidak akan memberi mudarat kepada kesihatan," jelasnya.

Minggu lalu, PNRI juga telah menguji beberapa sampel makanan proses yang diimport dari Jepun sebelum bencana berlaku bagi menentukan asas tahap radiasi dalam produk makanan keluaran Jepun.

Setiausaha Kesihatan Filipina, Enrique Ona menyatakan import makanan dari Jepun tidak perlu diharamkan. Agensi dari Jabatan Pertanian Filipina bagaimanapun mencadangkan supaya penggantungan permit import produk-produk susu dari empat kawasan berhampiran loji nuklear Fukushima dilaksanakan.

Sementara itu, pihak berkuasa China menyatakan ia dapat mengesan kehadiran bahan radiasi di atmosfera di beberapa lokasi di China. China melaporkan bahan radioaktif, iodin-131 dikesan dalam udara di timur laut wilayah Heilongjiang sepanjang hujung minggu lalu.

Dalam amaran yang boleh dibaca dalam laman webnya, Kementerian Perlindungan Alam Sekitar China mengumumkan beberapa lagi kawasan di bahagian tenggara China seperti di Jiangsu, Shanghai, Zhejiang, Anhui, Guangdong dan Guangxi turut dikesan mempunyai bahan radiasi. - Reuters.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaddafi diberi pilihan tinggalkan Libya

Posted:

Gaddafi diberi pilihan tinggalkan Libya

Gaddafi diberi pilihan tinggalkan Libya


SEORANG pemberontak dan beberapa kanak-kanak bergambar di atas pelancar roket tentera Libya semalam yang ditawan di bandar Adabiya.


LONDON - Kuasa-kuasa antarabangsa bersidang di ibu negara Britain, di sini semalam bagi merencanakan masa depan Libya tanpa kepimpinan Muammar Gaddafi.

Lebih 35 buah negara, termasuk tujuh negara Arab, bersidang selepas Gaddafi, 68, menggesa Barat supaya menamatkan serangan ke atas negara Afrika Utara itu.

Serangan udara Barat selama 10 hari ke atas tentera Gaddafi mengubah arus konflik di Libya dengan pihak pemberontak kini mara ke barat negara itu tetapi dihalang rejim pro-Gaddafi dekat bandar kelahirannya, Sirte semalam.

Dalam persidangan tersebut, Britain dan Sepanyol bercadang menawarkan laluan selamat untuk Gaddafi meninggalkan Libya dengan pelan untuk beliau hidup dalam buangan di luar negara turut dibincangkan.

"Bukan kami yang menentukan ke mana beliau akan pergi. Saya tidak akan memilih tempat persaraan untuk Gaddafi," kata Setiausaha Luar Britain, William Hague yang mempengerusikan persidangan itu.

Menteri Luar Sepanyol, Trinidad Jimenez berkata, pilihan hidup dalam buangan di luar negara untuk Gaddafi masih sah kerana Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) belum mendakwanya atas dakwaan jenayah kemanusiaan.

Terdahulu, dalam satu sidang video, pemimpin Britain, Perancis, Jerman dan AS bersetuju bahawa sidang di London perlu membincangkan isu peralihan kuasa politik di Libya.

Bagi membincangkan isu tersebut, Britain mengundang kumpulan utama yang mewakili pihak penentang Libya, Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC) ke London. Namun, wakil mereka tidak mengambil bahagian dalam persidangan tersebut.

Seorang pegawai kanan pentadbiran AS memberitahu, sebelum sidang itu berlangsung, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengadakan pertemuan dengan pegawai TNC yang mengendalikan hal-ehwal luar Libya, Mahmud Jibril.

Selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Jibril semalam, Hague menyifatkan TNC sebagai wakil politik yang penting dan sah bagi Libya.

Sementara itu, satu perwakilan AS akan dihantar ke bandar Benghazi yang menjadi kubu kuat pihak penentang bagi mewujudkan saluran sistematik dengan kumpulan-kumpulan yang mahu menyingkirkan Gaddafi.

Setakat ini, Perancis merupakan satu-satunya negara Barat yang mengiktiraf secara rasmi pihak penentang di Libya dengan Qatar mengambil langkah serupa kelmarin.- Reuters.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penulis nafi tuduh Gandhi biseksual

Posted:

Penulis nafi tuduh Gandhi biseksual

Penulis nafi tuduh Gandhi biseksual


BUKU biografi "Great Soul:Mahatma Gandhi and His Struggle With India" yang ditulis olehJoseph Lelyveld.


NEW DELHI, India - Seorang penulis Amerika Syarikat (AS) semalam menafikan sekeras-kerasnya bahawa buku terbarunya tentang Mahatma Gandhi menuduh bapa kemerdekaan India itu seorang biseksual dan berfahaman rasis yang meninggalkan isterinya demi seorang ahli bina badan.

Akhbar-akhbar di India berang dengan ulasan di AS dan Britain mengenai buku biografi Gandhi tulisan Joseph Lelyveld itu. Ia menceritakan tentang hubungan pemimpin itu dengan seorang arkitek dan ahli bina badan amatur berdarah campuran Jerman-Yahudi, Hermann Kallenbach.

Gandhi menetap di Kallenbach, Johannesburg selama dua tahun dari tahun 1907 sebelum meninggalkan Afrika Selatan untuk kembali ke India pada 1914.

"Anda telah memiliki seluruh tubuh saya," Gandhi dipetik sebagai berkata dalam sepucuk surat kepada Kallenbach yang dipaparkan dalam buku tersebut.

Akhbar Britain, Daily Mail menyiarkan tajuk utama "Gandhi meninggalkan isterinya untuk hidup bersama seorang kekasih lelaki, dakwa buku baru", manakala akhbar Daily Telegraph menyatakan, beliau berfahaman perkauman terhadap penduduk kulit hitam Afrika Selatan.

Namun, Lelyveld, seorang bekas pengarang eksekutif akhbar New York Times menegaskan: "Buku berjudul, Great Soul: Mahatma Gandhi And His Struggle With India telah disalah tafsir oleh media cetak.

"Saya tidak menuduh Gandhi seorang rasis atau biseksual. Perkataan biseksual langsung tidak digunakan dalam buku ini," katanya.

"Perkataan rasis hanya digunakan sekali bagi menggambarkan komen-komen Gandhi ketika beliau baru menetap di Afrika Selatan. Ia langsung tidak merumuskan bahawa Gandhi seorang yang rasis," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, saudara-mara Gandhi di India, di mana buku tersebut belum lagi dipasarkan, mengecam dakwaan terhadap kehidupan cinta Gandhi oleh Lelyveld.

"Penulis-penulis Barat begitu taksub tentang seksualiti Gandhi. Cerita ini cuma dapat membantu menjual buku mereka," kata cicit pemimpin itu, Tushar Gandhi. Buku tersebut mula dipasarkan di AS semalam.

Gandhi meninggal dunia pada 30 Januari 1948 akibat ditembak oleh seorang ekstremis Hindu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen