Sabtu, 26 Mac 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


75 maut gempa bumi di Myanmar

Posted:

75 maut gempa bumi di Myanmar

75 maut gempa bumi di Myanmar


SEBATANG jalan raya terbelah dua akibat gegaran gempa bumi yang berlaku di bandar Tarlay, Myanmar kelmarin.


YANGON - Sekurang-kurangnya 75 orang awam terbunuh, 111 cedera manakala beratus-ratus lagi hilang tempat tinggal selepas gempa bumi kuat melanda Myanmar malam kelmarin.

Beberapa pekerja penyelamat berkata, buat masa ini tempoh selama beberapa hari diperlukan untuk mengetahui jumlah kerosakan yang sebenar. Gegaran yang berukuran 6.8 pada skala Richter itu dapat dirasai sehingga ke Bangkok yang terletak 800 kilometer dari pusat gempa. Gegaran itu turut dirasai di bandar Hanoi, Vietnam dan di sebahagian kawasan di China.

Bangunan-bangunan yang berdekatan pusat gempa bumi ranap manakala penduduk yang ketakutan lari meninggal kediaman sejurus gegaran susulan berlaku semalam. Hampir 400 buah rumah musnah di empat kampung selain sembilan buah bangunan pemerintah ranap dan beberapa biara musnah di bandar Tarlay.

"Kami sedang berusaha untuk pergi ke tempat-tempat terpencil untuk menyelamatkan mangsa.


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan sebuah rumah ranap akibat gegaran gempa bumi di bandar Tachilek, Myanmar kelmarin.


"Anggota-anggota tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan sedang berusaha mencari mangsa yang cedera di kawasan yang terjejas tetapi terdapat beberapa jalan darat yang terputus hubungan," kata seorang pegawai Myanmar.

Pengarah World Vision Myanmar yang merupakan sebuah pertubuhan kebajikan, Chris Herink berkata, kumpulannya telah mengenal pasti dua buah bandar yang teruk terjejas iaitu Tarley dan Mong Lin.

Katanya, pemerintah Myanmar berusaha untuk memberi informasi kepada rakyat dengan memberikan angka terkini kematian dan kerosakan yang berlaku.

Gempa bumi yang melanda Myanmar itu berlaku selepas kejadian gempa dan tsunami di Jepun.

Gempa bumi pernah melanda Myanmar beberapa kali antaranya pada 1975 yang cuma menyebabkan seorang terbunuh. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Serangan Barat masih berterusan

Posted:

Serangan Barat masih berterusan

Serangan Barat masih berterusan


BEBERAPA pemberontak cuba mencari tempat perlindungan dalam satu serangan tentera Muammar Gaddafi di sebatang jalan raya dekat Ajdabiya, Libya kelmarin.


TRIPOLI - Tentera bersekutu melancarkan kempen menguatkuasakan zon larangan di Libya buat kali ketujuh berturut-turut semalam.

Tembakan antipesawat turut kedengaran di ruang udara Libya semalaman dengan tiga letupan menggegarkan bandar raya ini dan di Tajura, timur negara ini.

Menurut seorang wartawan agensi berita AFP, satu letupan kedengaran di tengah Tripoli manakala letupan lain didendar dari Tajura.

Setiausaha Pertahanan Britain, Liam Fox semalam berkata, jet-jet Tornado melancarkan serangan peluru berpandu ke atas beberapa kenderaan berperisai di Ajdabiya, 860 kilometer dari sini.

Sebuah jet pejuang Perancis turut memusnahkan satu kumpulan artileri di luar Ajdabiya.

"Saya meragui bahawa serangan ini akan berakhir dalam tempoh beberapa hari. Saya berpendapat, ia akan berakhir dalam tempoh berminggu-minggu dan saya berharap ia tidak akan berlanjutan dalam tempoh berbulan-bulan," kata Fox kepada sebuah stesen radio Perancis.

Kelmarin, sebuah jet pejuang tentera pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dimusnahkan selepas ia melanggar arahan zon larangan terbang yang diputuskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jet itu dimusnahkan selepas ia mendarat di Misrata, 214 kilometer ke timur Tripoli.

Stesen televisyen Libya menyatakan kawasan penduduk awam dan tentera di bandar raya ini dan Tajura dihujani bedilan peluru berpandu.

Seorang doktor yang merawat mangsa di sebuah hospital di Misrata menyatakan, serangan tentera Gaddafi sejak 18 Mac lalu telah menyebabkan 109 orang terbunuh dan 1,300 lagi cedera, 81 daripadanya dalam keadaan parah.

Serangan tentera bersekutu diketuai Amerika Syarikat (AS) sejak minggu lalu menjadikan sistem pertahanan Libya sebagai sasaran.

Jabatan Negara AS menyatakan sebanyak 12 buah negara mengambil bahagian dalam serangan untuk menguatkuasakan zon larangan terbang termasuk dua buah dari negara Arab iaitu Qatar dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Seorang jurucakap pemerintah di Tripoli menyatakan hampir 100 orang awam terbunuh sejak tentera bersekutu melancarkan serangan pada minggu lalu.

Serangan yang dilancarkan oleh tentera bersekutu itu masih belum menyebabkan Gaddafi meletakkan jawatan seperti yang dituntut oleh kumpulan pemberontak.

Kumpulan pemberontak menuntut Gaddafi yang sudah memerintah selama empat dekad berundur.

Tuntutan itu dibuat sejak 15 Februari lalu selepas sekumpulan penunjuk perasaan berhimpun di bandar Benghazi. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Luna Maya kerap jenguk Ariel di penjara

Posted:

Luna Maya kerap jenguk Ariel di penjara

Luna Maya kerap jenguk Ariel di penjara


GAMBAR fail menunjukkan Ariel dan Luna Maya di sebuah mahkamah di Bandung, Jawa Barat pada 31 Januari lalu.


JAKARTA - Pengacara jelita, Luna Maya, 28, menghabiskan masa sebanyak empat kali seminggu untuk melawat kekasihnya yang juga penyanyi kumpulan Peterpen, Ariel yang sedang menjalani hukuman penjara di Rutan Kebon Waru, Bandung, lapor sebuah akhbar semalam.

Aktres filem Cinta Silver itu difahamkan tetap membahagikan masanya walaupun dia kini sibuk meneruskan semula aktiviti seninya selepas beberapa bulan mengambil keputusan untuk berehat sambil menenangkan diri.

Menurut pengurus Ariel, Budi ketika dihubungi wartawan akhbar dalam talian detikhot, Luna Maya menghabiskan masa selama tiga atau empat kali dalam seminggu untuk melawat Ariel.

Pasangan itu menjalin cinta sejak tahun 2008.

Pada 31 Januari lalu, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Izham dijatuhi hukuman penjara selama tiga setengah tahun dan denda sebanyak 250 juta rupiah (RM86,885) oleh hakim sebuah mahkamah di Bandung selepas didapati bersalah mengedar dua klip video seks.

Klip video itu dilapor menampilkan lelaki mirip Ariel dan dua orang wanita mirip Luna Maya dan pengacara Cut Tari. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan