Khamis, 10 Mac 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Temui barang kemas dalam saluran pembentung

Posted:

Temui barang kemas dalam saluran pembentung

Temui barang kemas dalam saluran pembentung


GAMBAR fail menunjukkan pintu masuk ke kedai emas Harry Winston dekat Champs-Elysees di Paris pada 5 Disember 2008.


PARIS - Polis Perancis menemui barang kemas bernilai AS$25 juta (RM75.8 juta) yang disembunyikan di dalam saluran pembentung di sini.

Barang kemas tersebut yang disimpan di dalam sebuah bekas plastik, merupakan sebahagian hasil rompakan ke atas butik barang kemas Harry Winston di sini.

Penemuan itu melibatkan 19 cincin dan tiga pasang anting-anting dengan sepasang anting-anting itu dipercayai bernilai AS$19.5 juta (RM59.1 juta).

Polis mengesahkan penemuan itu selepas berita itu disiarkan di sebuah stesen radio.

Pada 5 Disember 2008 sekumpulan perompak sebahagiannya berpakaian wanita dan rambut palsu melarikan batu permata dan jam tangan mewah dengan nilai mencecah AS$118.1 (RM358.3 juta).

Sebahagian cincin yang dicuri, rantai leher dan jam tangan ditemui semula apabila polis menangkap 25 orang dalam serbuan pada Jun 2009 dengan sembilan daripada mereka dihadapkan ke mahkamah.

Antara yang didakwa termasuk perancang rompakan itu yang pernah dihukum penjara 15 tahun dalam satu kes penyeludupan dadah.

Polis menemui sejumlah barang kemas yang dirompak bersama wang tunai AS$1.1 juta (RM3.3 juta) di rumahnya.- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaddafi desak penyokongnya berjuang

Posted:

Gaddafi desak penyokongnya berjuang

Gaddafi desak penyokongnya berjuang


IMEJ televisyen yang disiarkan di Libya semalam menunjukkan Muammar Gaddafi meraikan seorang kanak-kanak di satu lokasi yang tidak didedahkan.


TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam mendesak penduduk Libya di timur negara itu berjuang bagi menguasai semula bandar-bandar yang dikuasai oleh para penentangnya.

Beliau membuat permintaan itu semasa berucap kepada golongan muda di bandar Zintan, 120 kilometer ke barat daya Tripoli.

Gaddafi sekali lagi menyalahkan kumpulan Al-Qaeda dari Mesir, Algeria, Afghanistan dan wilayah Palestin kerana menjadi punca pergolakan di dalam negaranya.

Stesen televisyen menyiarkan ucapan itu semalam tetapi tidak menyatakan lokasi beliau berucap.

Gaddafi yang berkuasa sejak 1969 menerusi rampasan kuasa terhadap pemerintah Libya ketika itu, Raja Idris berdepan dengan tentangan rakyat yang mahu beliau berundur sejak 15 Februari lalu.

Kebangkitan rakyat Libya itu didorong oleh kejayaan penunjuk perasaan di Kaherah yang berjaya menyebabkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir pada 11 Februari lalu.

Sementara itu, Gaddafi dalam satu temu ramah dengan stesen televisyen TRT dari Turki menyatakan penduduk negaranya akan bertindak balas jika Barat mengenakan zon larangan terbang di Libya.

Zon larangan itu mahu dikuatkuasakan di Libya bagi mengelak rejim Gaddafi membedil penduduk tempatan.

Temu ramah itu dibuat apabila Gaddafi melakukan kemunculan mengejut di sebuah hotel yang menjadi tempat penginapan wartawan asing di Tripoli. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nicole Scherzinger dedah rahsia jadi artis berjaya

Posted:

Nicole Scherzinger dedah rahsia jadi artis berjaya

Nicole Scherzinger dedah rahsia jadi artis berjaya


NICOLE SCHERZINGER


LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Nicole Scherzinger mengaku lebih bersemangat untuk berjaya bersama kumpulan pop, Pussycat Dolls selepas dia mengalami kekecewaan apabila impiannya bagi bergelar penari solo hebat tidak kesampaian, lapor sebuah akhbar semalam.

Akhbar The Sun melaporkan penyanyi berusia 32 tahun itu pernah menangis apabila syarikat pengeluar ubat gigi Colgate tidak membenarkan dia muncul dalam sebuah iklan komersial lebih sepuluh tahun lalu.

Penyanyi lagu When I Grow Up itu memberitahu, dia sanggup melepaskan tawaran berlakon beberapa buah filem disebabkan ingin menghadiri uji bakat Colgate semasa baru memulakan karier seninya.

Kekasih pelumba kereta Formula Satu (F1) untuk pasukan McLaren Mercedes, Lewis Hamilton itu sepatutnya disenarai pendek sebagai penari berus gigi untuk iklan tersebut.

"Saya memerlukan wang dan terdesak untuk mendapatkan peluang muncul dalam iklan itu sehingga berusaha dengan gigih bersama koreografer bagi menjadi penari solo.

"Bayangkan, mereka datang kepada saya dengan memberitahu penyertaan saya ditolak. Keputusan ini menghancurkan hati saya.

"Justeru, saya berazam untuk membuktikan bahawa keputusan mereka salah pada waktu itu. Suatu hari nanti, mereka pasti akan melihat saya sebagai seorang penari solo hebat," jelasnya.

Nicole kini dikenali sebagai salah seorang penyanyi yang juga memiliki kehebatan dalam bidang tarian.

Dia juga terlibat dalam penggambaran filem aksi, Men In Black III bergandingan bersama Will Smith dan Emma Thompson.

"Hanya kerana saya dikenali sebagai ahli kumpulan Pussycat Dolls, ramai orang sebenarnya terlupa bahawa saya adalah seorang aktres sebelum saya menyanyi," kata Nicole. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan