Sabtu, 19 Mac 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Pelan timbus loji nuklear

Posted: 18 Mar 2011 10:52 AM PDT

TOKYO: Jurutera Jepun semalam mengaku menimbuskan loji nuklear dengan pasir dan konkrit mungkin menjadi jalan terakhir untuk menghalang bencana kebocoran radiasi.

Ia sama dengan cara yang digunakan untuk menutup kebocoran loji nuklear Russia di Chernobyl pada 1986.


Bagaimanapun, mereka masih menaruh harapan untuk menyelesaikan krisis itu dengan memasang kabel tenaga pada sekurang-kurangnya dua reaktor untuk memulakan semula pengepaman air bagi menyejukkan rod bahan api nuklear yang mencapai tahap kepanasan melampau.

Petugas juga menyimbah air pada reaktor ketiga, yang paling kritikal di antara enam reaktor di loji nuklear Fukushima itu.


Ini kali pertama syarikat pengendali loji berkenaan mengaku menimbus keseluruhan kompleks loji itu mungkin menjadi satu pilihan.


Ia menggambarkan tindakan sementara seperti mencurah air dari udara dengan mengguna helikopter atau melancarkan semula pam penyejuk mungkin tidak akan berjaya.

"Bukan sesuatu yang mustahil untuk menimbus reaktor itu dalam konkrit. "Tetap keutamaan kami ketika ini ialah cuba menyejukkannya terlebih dulu," kata seorang pegawai syarikat Tokyo Electric Power pada satu sidang akhbar. Ketika Jepun memasuki minggu kedua selepas dilanda gempa bumi berukuran 9 magnitud dan tsunami setingi 10 meter yang memusnahkan bandar pesisir pantai serta meragut ribuan nyawa, krisis nuklear paling buruk dunia selepas Chernobyl masih belum dapat diatasi.


Jutaan penduduk di Tokyo masih bekerja dari rumah kerana bimbang terkena zarah radioaktif dari loji di Fukushima yang terletak kira-kira 240 kilometer ke utara negara itu.

Tahap radiasi yang dicatatkan di loji itu tidak memberi ancaman serta-merta kepada kesihatan manusia," kata Michael O'Leary, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di China. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tahap krisis Fukushima dinaikkan

Posted: 18 Mar 2011 10:50 AM PDT

OSAKA: Agensi keselamatan nuklear Jepun semalam menaikkan paras krisis loji nuklear Fukushima kepada lima daripada empat pada skala graviti antarabangsa untuk kemalangan atomik.

Tahap paling tinggi skala itu ialah tujuh.


Keputusan Agensi Keselamatan Nuklear dan Perindustrian itu meletakkan Fukushima pada tahap yang sama dengan kemalangan nuklear di Pulau Three Mile di Pennsylvania pada 1979 dan menjadikannya yang terburuk di Jepun.

Seorang jurucakap agensi itu berkata, ia sudah memaklumkan kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengenai keputusan itu yang dibuat berdasarkan keadaan reakor pertama, kedua dan ketiga di loji terbabit akibat gempa bumi dan tsunami Jumaat lalu.


"Zarah radioaktif masih terbebas di ruang angkasa," katanya.


Antara enam reaktor di loji berkenaan, reaktor pertama, kedua dan ketiga beroperasi ketika gempa bumi berukuran 9 magnitud melanda dan berhenti secara automatik.

Bagaimanapun, sebahagian terasnya dipercayai cair kerana bencana berkembar itu memusnahkan sistem penyejukan loji berkenaan, menyebabkan berlaku letupan dan kebakaran.


Sejak itu pihak berkuasa berusaha memastikan rod bahan api dalam reaktor dan kolam menyimpan bahan api berada di bawah paras air.

Jika terdedah pada udara, ia boleh membebaskan sejumlah besar bahan radiokatif.


Agensi Keselamatan Nuklear Perancis meletakkan krisis Fukushima pada tahap enam pada skala itu. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan