Khamis, 31 Mac 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Paras radiasi cecah 4,385

Posted: 31 Mar 2011 01:21 PM PDT

Dunia

PEKERJA kerajaan di wilayah Fukushima mengambil sampel tanah di kawasan tanaman padi bagi menguji tahap radiasi.

PEKERJA kerajaan di wilayah Fukushima mengambil sampel tanah di kawasan tanaman padi bagi menguji tahap radiasi.

Singapura, Amerika temui bahan radioaktif dalam kobis, susu

TOKYO: Tekanan semakin meningkat ke atas Jepun supaya memindahkan lebih ramai penduduk membabitkan zon 30 kilometer dari loji reaktor Fukushima selepas tahap radiasi mencapai 4,385 kali lebih tinggi daripada paras selamat yang bermakna 130,000 lagi orang perlu dibawa ke tempat perlindungan baru.

Seramai 70,000 orang sudah dipindahkan dari kawasan 20 kilometer dari laji nuklear berkenaan manakala 136,000 lagi di kawasan 10 kilometer lagi dinasihatkan tidak keluar rumah. Kebimbangan mengenai tahap radiasi di luar negara juga meningkat selepas Singapura mengesan kewujudan bahan itu dalam kobis dari Jepun sehingga sembilan kali lebih tinggi had selamat.

Amerika Syarikat pula menemui pencemaran rendah dalam sampel susu di pantai baratnya. Beberapa negara mengharamkan produk susu dan tenusu dari kawasan dekat loji Fukushima.

Susu tercemar antara punca terbesar kanser tiroid selepas nahas nuklear loji Chernobyl, Ukraine pada 1986 selepas penduduk minum susu lembu tempatan.

Badan nuklear PBB, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan agensi nuklear Jepun sudah menasihatkan Perdana Menteri, Naoto Kan, memindahkan penduduk kerana tahap radiasi tinggi dikesan lebih jauh daripada kawasan 30 kilometer.
Pegawai kerajaan, bagaimanapun, terus merayu penduduk Jepun dan dunia tidak cepat panik kerana tahap radiasi di kawasan luar loji berkenaan masih rendah.

Tetapi, IAEA menekankan, tahap radiasi di perkampungan Litate, 40 kilometer dari loji itu memerlukan penduduk berpindah.

Selain itu, tahap radiasi juga ditemui dalam air laut dekat kompleks nuklear itu yang bermakna pelepasan radioaktif terus berlaku ketika puncanya belum diketahui.

Penduduk Jepun tinggal dalam keadaan luar biasa, perkara pertama yang dilakukan untuk bayi baru lahir bukannya dengan doktor tetapi alat pengesan radiasi Geiger. – Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perisik CIA, MI6 aktif di Libya

Posted: 31 Mar 2011 01:18 PM PDT

Dunia

WASHINGTON: Berpuluh-puluh ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat dan rakan mereka dari Britain, MI6 sudah bergerak membantu penentang Muammar Gaddafi ketika kedudukan pemimpin di Libya itu semakin tergugat dengan pembelotan Menteri Luarnya, Mussa Kussa, semalam.

Presiden Barack Obama menandatangani arahan sulit mengarahkan bantuan kepada penentang Gaddafi dengan mengumpul maklumat membolehkan serangan lebih berkesan dilakukan terhadap tentera Libya yang menentang pemberontak.

Obama menandatangani dokumen diberi nama 'Presidential finding' (Perintah Presiden) dua atau tiga minggu lalu yang membenarkan operasi rahsia itu dilancarkan, kata pegawai. Di LONDON, Mussa Kussa disoal pihak berkuasa Britain berpaling tadah yang dianggap memberi semangat kepada penentang Gaddafi, pembelotan terbaru pegawai kanan Libya.

Mussa, bekas ketua perisikan Libya dan bekas duta ke Britain. Beliau tiba secara suka rela di lapangan terbang Farnborough.

"Beliau memberitahu sudah meletak jawatan. Kami sedang berbincang dengannya dan akan mengeluarkan perincian lanjut tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Mussa, 59, terbang ke Britain selepas dua hari melakukan kunjungan peribadi di Tunisia.
Di AJDABIYAH, tentera Gaddafi menawan semula bandar Brega yang sebelum ini dikuasai pemberontak dan meneruskan kemaraan ke sebuah lagi bandar utama di timur negara itu.

Serangan udara Tentera Bersekutu memberi kesan kepada tentera Gaddafi tetapi angkatan darat beliau mempunyai kelengkapan senjata yang lebih canggih, tersusun dan terlatih berbanding pemberontak.

Tentera dilihat terus meningkatkan tekanan ke atas Gaddafi dengan serangan udara di beberapa bahagian lain di Libya.

Mereka dikatakan sedang mengadakan perbincangan bagi mencari negara yang sanggup memberi perlindungan kepada pemimpin Libya itu.

Gaddafi setakat ini tidak menunjukkan tanda beliau bersedia mengalah, sebaliknya berikrar untuk berjuang hingga ke titisan darah terakhir. – AFP/Reuters/AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan