Selasa, 29 Mac 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Radiasi ada dalam tanah di Fukushima

Posted: 29 Mar 2011 01:54 PM PDT

Dunia

Plutonium di 5 tempat sekitar loji nuklear

TOKYO: Radiasi dari reaktor nuklear Jepun yang terjejas kini mencemarkan tanah dan laut sekitar kompleks Fukushima Daiichi ketika pihak berkuasa bimbang beberapa reaktor sudah sebahagiannya lebur.

Pegawai syarikat kuasa terbabit mengakui bahawa plutonium ditemui dalam tanah di lima tempat pada loji terbabit walaupun mereka menekankan bahawa kadar bahan radioaktif adalah kecil dan tidak menjadi satu ancaman kepada umum, lapor Associated Press. Malah radiasi juga dikesan lebih satu kilometer ke utara loji terbabit. Sementara itu, Filipina mengesan sedikit radiasi dipercayai dari reaktor Jepun, China pula terus mengesan kesan radiasi manakala Korea Utara memantau keadaan.

Kadar radiasi lebih tinggi dari biasa juga dikesan di Cyrstal River di Florida walaupun ia tidak menjadi satu ancaman kepada kesihatan. Florida berada kira-kira 11,000 kilometer dari loji Jepun.

Di dalam loji terbabit, rakaman video menunjukkan asap dari reaktor dua dan tiga, satu petanda adanya kesukaran di sana. Semua reaktor setakat ini berada pada tekanan walaupun berlakunya retakan pada komponen konkrit dan keluli.

Air radioaktif juga ditemui di semua empat reaktor di loji terbabit di mana pekerja terus berusaha mengepam keluar.
Pegawai berkata, air tercemar terbabit perlu dikeluarkan sebelum pekerja boleh memasang semula sistem penyejukan loji terbabit. Pekerja di loji tidur di koridor dan bilik mesyuarat, dengan melindungi diri daripada radiasi dengan memakai pakaian buatan plumbum.

"Ada satu retakan di dalamnya di mana radiasi terlepas keluar," kata ahli fizik Amerika Syarikat, Michio Kaku. "Ini bermaksud jika terasnya mulai lebur, kita akan mendapati letupan wap, satu letupan gas hydrogen seperti Chernobyl."

Sekumpulan jurutera berusaha untuk mengawal enam reaktor kompleks Fukushima sejak ia meletup akibat gempa bumi 11 Mac lalu dan tsunami yang menyebabkan lebih 27,000 penduduk maut atau hilang di seluruh timur laut Jepun.

Gempa bumi sekuat 6.5 melanda wilayah itu sekali lagi Isnin lalu. dan pihak berkuasa memberi amaran kemungkinan berlakunya gelombang tsunami setinggi 50 sentimeter. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sidang London bincang pengganti Gaddafi

Posted: 29 Mar 2011 01:49 PM PDT

Dunia

LONDON: Lebih 40 wakil negara dan pertubuhan antarabangsa memulakan sidang semalam untuk menetap proses mencari pemerintah baru di Libya menggantikan Muammar Gaddafi yang mengutus surat kepada persidangan itu dengan menyifatkan tentera bersekutu melakukan pembunuhan beramai-ramai di negaranya menerusi kempen serangan udara.

Kempen serangan udara tentera bersekutu lebih seminggu lalu membantu penentang Gaddafi menawan bandar Ajdabiyah dan mara ke kampung halaman pemimpin itu di Sirte.

Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, yang mengetuai usaha campur tangan di Libya menggesa Gaddafi berundur dan meminta penyokongnya berhenti memberi sokongan sebelum 'semuanya terlambat.' "Kami meminta semua penduduk Libya yang percaya bahawa Gaddafi membawa Libya ke arah kehancuran supaya mula bertindak melakukan peralihan kuasa," menurut kenyataan bersama Cameron dan Sarkozy.

Dalam suratnya, Gaddafi pula menyifatkan kempen udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) umpama serangan Nazi Jerman pimpinan Adolf Hitler pada Perang Dunia Kedua.

"Hentikan serangan tidak berperikemanusiaan kamu terhadap Libya. Tinggalkan Libya kepada penduduknya. Kamu lakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk sebuah negara membangun," katanya.

Di sebalik retorik itu, askar Gaddafi meneruskan usaha menyekat pemberontak daripada mara ke Sirte dengan melancarkan serangan roket Grad dan menawan semula kota Nawfaliyah, 120 kilometer ke timur Sirte.
Tanpa bantuan serangan udara, pemberontak kelihatan tidak mampu bertahan atau terus mara. Pertempuran di sekitar Sirte menjadi petanda sama ada penentang Gaddafi masih mampu atau tidak meneruskan kempen.

Laporan pemberontak yang berundur memberi petanda awal selepas mereka melaporkan ada penduduk di luar Sirte menyertai askar Gaddafi melawan penentang.

Britain, bagaimanapun, mahu sidang di London memperkuat komitmen mengenai pelaksanaan dua resolusi PBB selepas Russia menuduh serangan udara terhadap Libya tidak diberi mandat badan dunia.

Sidang itu bermula 9 malam waktu Kuala Lumpur dan berakhir dengan sidang akhbar pada 12.30 malam tadi, juga mungkin membincangkan sekatan baru bagi mengasingkan lagi Gaddafi, kata diplomat. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen