Ahad, 13 Mac 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


100,000 tentera bantu mangsa bencana

Posted: 13 Mar 2011 01:04 PM PDT

Dunia

Perdana Menteri Jepun keluar arahan berikutan insiden gempa bumi, tsunami

SENDAI: Jepun semalam mengerah 100,000 tentera untuk membantu mangsa yang terselamat dari kejadian gempa bumi dan tsunami ketika dunia mula menghulur bantuan kepada negara yang dilanda bencana terbabit.

Kerahan berkenaan diarahkan Perdana Menteri Naoto Kan untuk menambahkan lagi bilangan tentera selepas skala kemusnahan besar yang semakin jelas. Menteri Pertahanan, Toshimi Kitazawa berkata sejumlah 100,000 tentera kira-kira 40 peratus daripada pasukan bersenjata akan dihantar dalam masa sehari atau dua lagi.

"Terlalu ramai penduduk yang masih lagi tersisih dan menantikan bantuan. Realiti ini amat suram," katanya yang dipetik Kyodo News.

Di bandar pelabuhan kecil Minamisanriku sendiri nasib kira-kira 10,000 penduduk sendiri masih belum diketahui, lebih daripada separuh penduduknya, lapor NHK.

Polis dan tentera melaporkan penemuan beratus-ratus mayat di lokasi sepanjang tepi pantai termasuk lebih 200 ditemui di satu kawasan baru semalam.
Tawaran bantuan datang dari seluruh dunia termasuk musuh tradisi.

Walaupun hubungan yang menjejaskan negara itu tahun lalu, Perdana Menteri China, Wen Jiabao dan Menteri Luarnya Yang Jiechi turut menghantar ucapan takziah. Sepasukan 15 penyelamat China tiba tengahari semalam, kata kementerian luar Jepun.

Katanya sebanyak 69 negara dan lima pertubuhan bantuan antarabangsa menawarkan bantuan sehingga pagi semalam.

Antaranya termasuk New Zealand yang juga mengalami tragedi gempa sendiri bulan lalu di Christchurch.

Sepasukan 66 penyelamat Jepun yang berada selama dua minggu membantu usaha mencari dan menyelamat di Christchurch dilaporkan akan pulang untuk berhadapan dengan tragedi di tanah air sendiri.

Palang Merah Jepun semalam menghantar 62 pasukan kecemasan untuk membantu mangsa, kata persekutuan Palang Merah Antarabangsa yang membabitkan 400 doktor, jururawat dan pakar lain.

Pasukan mencari dan menyelamat serta anjing pengesan tiba dari Jerman dan Switzerland manakala penyelamat dari Britain dan Perancis dalam perjalanan.

Kapal pembawa pesawat USS Ronald Reagan tiba di pantai awal pagi semalam. Jepun meminta bantuan untuk membawa helikopter Jepun dan pengangkutan tenteranya ke kawasan terjejas, kata Armada Pasifik Amerika Syarikat.

Sepasukan 144 orang dari Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat akan ke Misawa untuk menyertai operasi darat. Pasukan terbabit termasuk 12 anjing untuk mengesan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan turut membabitkan 150 tan kelengkapan menyelamat, kata USAID.

Australia, Korea Selatan dan Singapura juga menawarkan bantuan pasukan mencari dan menyelamat serta anjing pengesan. Manakala Australia menawarkan hospital mudah alih dan pasukan pengecaman mangsa bencana, kata Menteri Luar, Kevin Rudd. – AFP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terputus bekalan elektrik

Posted: 13 Mar 2011 12:59 PM PDT

Dunia

Lampu di kebanyakan bangunan ditutup selamatkan tenaga

SENDAI: Kira-kira 2.5 juta isi rumah atau lebih empat peratus daripada keseluruhan penduduk di Jepun tidak mendapat bekalan elektrik sejak kelmarin dengan lampu di kebanyakan bangunan mercu tanda terpaksa ditutup untuk menyelamatkan tenaga, termasuk Tokyo Tower dan Rainbow Bridge di Tokyo.

Kebanyakan penduduk beratur di beberapa stesen minyak, kedai ubat dan pasara raya yang masih lagi dibuka. Sebahagian besar rak barangan kelihatan kosong. "Kami diberikan catuan air dan masih tidak tahu bila akan mendapat lagi," kata Matthew Williams yang tinggal di Shin-Urayasu berhampiran Tokyo.

"Dewan Bandar raya memberitahu kami bahawa kami boleh membawa baldi ke sebuah sekolah tempatan untuk mendapatkan air tetapi anda perlu menunggu selama tiga jam."

Jabatan Kajian Geologikal Amerika Syarikat melaporkan lebih 140 gegaran susulan berlaku selepas gempa bumi Jumaat lalu. Angka berkenaan adalah dua kali ganda lebih kuat berbanding gempa bumi berukuran 6 yang berlaku dan memusnahkan Christchurch di New Zealand bulan lalu, kata agensi.

Jepun juga bercadang untuk menghantar sejumlah 100,000 anggota pasukan pertahanan mereka ke wilayah yang dilanda gempa, lebih dua kali ganda daripada angka awal, kata Menteri Pertahanan, Toshimi Kitazawa semalam, lapor Kyodo.
Sekurang-kurangnya 48 negara dan Kesatuan Eropah turut menawarkan bantuan. Kapal pembawa pesawat USS Ronald Reagan tiba di pantai Jepun semalam untuk membantu usaha menyelamat tentera Jepun, kata Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan.

Gempa bumi Jumaat lalu adalah paling kuat pernah dicatatkan dalam sejarah Jepun sejak 1900, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat. Gempa bumi paling kuat di dunia pernah dicatatkan berlaku di Chile pada 22 Mei 1960 dengan magnitud 9.5, kata agensi terbabit. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen