Jumaat, 11 Mac 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Charlie Sheen ditawar arah filem lucah

Posted: 11 Mar 2011 02:45 PM PST

Dunia

SHEEN bakal arah filem lucah.

SHEEN bakal arah filem lucah.

Kekasih pegang watak utama

LOS ANGELES: Aktor kontroversi Hollywood, Charlie Sheen dilaporkan menerima satu tawaran untuk mengarahkan sebuah filem lucah dengan kekasihnya sendiri yang juga pelakon filem dewasa bakal memegang watak utama.

Ketua Vivid Entertainment, Steven Hirsch dilaporkan memberikan tawaran terbabit kepada bintang itu yang digugurkan dari siri televisyen, Two and a Half Men berikutan beberapa masalah yang dicetuskannya untuk menerajui filem dewasa yang bakal menggunakan tajuk Two and a Half Women. Berdasarkan satu laporan TMZ.com kekasih Sheen, Melanie Rios juga ditawarkan untuk membintangi filem terbabit bersama dua bekas kekasihnya, Cassandra Criz dan Elizabeth Ann.

Sementara itu Sheen dilaporkan memfailkan saman bernilai AS$100 juta dolar terhadap Warner Bros yang memecat beliau daripada siri televisyen popular Amerika Syarikat, Two and a Half Men.

Pelakon yang bermasalah itu dipecat minggu ini menyebabkan masa depan siri sitcom itu menjadi persoalan, lapor The Telegraph.

Pelakon berkenaan berkata dia mengambil tindakan itu bagi pihak dirinya sendiri dan krew rancangan terbabit menentang penerbit eksekutif dan studio, Chuck Lorre.
Warner Bros sebelum ini dilaporkan menggantung sementara rancangan terbabit sementara menantikan Sheen untuk mendapatkan terapi tetapi kemudian mengambil keputusan menghentikan terus produksi berikutan kenyataan umum yang dibuat Sheen mengenai Lorre.

Ketika menamatkan kontrak, studio terbabit mendakwa Sheen tidak dapat memenuhi tanggungjawab dia dalam meneruskan persembahan membabitkan rancangan yang disiarkan CBS itu.

Bagaimanapun dalam saman setebal 30 muka surat, dia mendakwa bahawa Warner Bros menurut kehendak Lorre untuk menghukum dia dan penerbit serta studio berkenaan berkonspirasi dalam menyalahkan beliau menjadi punca penerbitan dihentikan. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Britney minat buat pembedahan plastik

Posted: 11 Mar 2011 02:45 PM PST

Dunia

MELBOURNE: Penyanyi Britney Spears mendedahkan bahawa dia mungkin mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih cantik kerana dia sendiri bencikan berhenti makan makanan berkalori.

Ketika ditanya majalah Out pendapatnya mengenai perkara yang paling tidak gemar dilakukan beliau, Spears berkata: "Berdiet."

Ketika ditanya sekiranya dia mungkin mempertimbangkan untuk melakukan pembedahan plastik, penyanyi itu menjawab: "Apabila tiba masanya, saya pasti akan pertimbangkan perkara itu." Bintang Toxic ketika ini mempunyai bentuk badan menarik walaupun gemarkan makanan manis seperti croissant, biskut dan gula-gula, berkata dia pernah menangis ketika berehat selepas jelajah dunia Circis pada 2009.

Ketika itu penyanyi berkenaan mengalami kenaikan badan sehingga lebih 6 kilogram dalam masa sebulan, lapor Adelaide Now.

Satu sumber ketika itu berkata: "Dia tidak memikirkan mengenai kalori dalam makanan, dia memang menyukai makanan berminyak dan manisan berkrim serta bencikan buah-buahan dan sayur-sayuran." – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan