Jumaat, 25 Februari 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Gaddafi sedia guna senjata biologi

Posted:

Gaddafi sedia guna senjata biologi

Gaddafi sedia guna senjata biologi


Gambar yang dikeluarkan oleh agensi berita Xinhua merakamkan penunjuk perasaan antikerajaan menaiki kereta kebal tentera Libya yang berpaling tadah selepas bandar Albayda di timur Libya jatuh ke tangan penunjuk perasaan, kelmarin. - AP


TRIPOLI 25 Feb. - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata biologi dan kimia apabila semakin banyak kawasan di negara ini jatuh ke tangan penunjuk perasaan antikerajaan.

Bekas Menteri Kehakiman, Mustafa Abdel Galil memberitahu stesen televisyen Al-Jazeera, Gaddafi memiliki senjata tersebut dan tidak akan keberatan untuk menggunakannya ke atas penduduk awam.

"Jika dia benar-benar berasa tertekan, dia sanggup melakukan apa sahaja.

"Saya percaya Gaddafi akan membakar apa sahaja yang ditinggalkannya," kata Galil, malam tadi.

Rejim Gaddafi diketahui masih memiliki cukup banyak gas mustard.

Gaddafi bersetuju pada 2003 untuk membubarkan program senjata nuklear dan kimia Libya dan telah memusnahkan kira-kira 50 peratus daripada senjata kimianya, tetapi dipercayai masih menyimpan sebanyak 9.5 tan gas mustard.

Sementara itu, pertubuhan antarabangsa dan diplomat menganggarkan bilangan penunjuk perasaan yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Gaddafi ialah antara 600 hingga 2000 orang.

Askar Gaddafi menembak mati sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan di bandar Zawiya malam tadi, lapor Al-Jazeera.

Sementara itu, sekurang-kurangnya lima orang maut apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan antikerajaan di daerah Janzour di barat Libya, hari ini.

"Tentera yang setia dengan Gaddafi melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan anti-Gaddafi di Janzour menyebabkan antara lima hingga tujuh penunjuk perasaan dipercayai terbunuh," kata seorang penduduk. - dpa/Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Switzerland beku aset Gaddafi

Posted:

Switzerland beku aset Gaddafi

Switzerland beku aset Gaddafi

GENEVA 25 Feb. - Switzerland semalam mengarahkan pembekuan segera ke atas sebarang aset milik pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dan penyokong kuatnya, kata Kementerian Luar negara ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, Majlis Persekutuan mengutuk tindakan keras yang digunakan oleh pemimpin Libya itu ke atas rakyat Libya.

''Dengan melihat perkembangan tersebut, Majlis Persekutuan mengambil keputusan untuk membeku sebarang aset Gaddafi dan penyokongnya di Switzerland berkuat kuasa serta-merta,'' kata kementerian itu.

Kerajaan negara ini berkata, ia mahu mengelak sebarang penyalahgunaan harta negara Libya yang masih berada di Switzerland.

Dalam pada itu, Britian juga akan mengambil tindakan merampas aset Gaddafi bernilai berbilion pound yang disimpan di Eropah, lapor akhbar Telegraph, hari ini.

Jabatan Kewangan Britain menubuhkan satu unit untuk menjejaki aset Gaddafi di Britain yang dipercayai termasuk di akaun bank, harta komersial dan rumah di London bernilai 10 juta pound (RM49.4 juta), kata akhbar itu.

''Perkara utama adalah mengeluarkan rakyat Britain dari Libya.

''Kemudian kami bersedia untuk mengambil tindakan untuk merampas aset Gaddafi, ia sedang dilaksanakan," kata sumber kerajaan.

Britain difahamkan Gaddafi memiliki aset mudah tunai kira-kira 20 bilion pound (RM98.8 bilion) di London.

Menurut akhbar itu, tindakan pembekuan itu akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari ini. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen