Jumaat, 25 Februari 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Penentang kuasai lebih banyak bandar

Posted: 24 Feb 2011 12:12 PM PST

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dilapor semakin hillang penguasaan terhadap lebih banyak bandar ketika kumpulan antikerajaan meneruskan tunjuk peerasaan di negara Afrika Utara itu meskipun beliau mengancam tindak balas ganas.

Penunjuk perasaan di Misurata, barat Libya, berkata, mereka sudah menguasai bandar berkenaan. Dalam kenyataan menerusi Internet, pegawai tentera yang ditempatkan di bandar berkenaan menyatakan ikrar mereka untuk menyokong penunjuk perasaan sepenuhnya.


Penunjuk perasaan juga dilihat menguasai sebahagian besar wilayah timur negara itu dan seorang koresponden televisyen Al-Jazeera yang melaporkan dari bandar Tobruk, 140 kilometer dari sempadan Mesir berkata, tidak ada anggota keselamatan kelihatan di bandar berkenaan.

"Daripada apa yang saya lihat, saya boleh berkata penduduk di timur Libya menguasai wilayah itu," kata wartawan Al-Jazeera, Hoda Abdel Hamid.


Menurutnya, tidak ada pegawai yang mengendalikan pintu sempadan ketika krew stesen televisyen itu menyeberang masuk ke Libya.


"Di sepanjang sempadan, kami tidak menemui seorang pun anggota polis atau tentera.

"Penduduk memberitahu kami, mereka sudah melarikan diri atau bersembunyi dan yang berkuasa ketika ini ialah penduduk.

"Keadaan ini berlaku di Tobruk hingga ke Benghazi.


"Saya juga diberitahu, keadaan agak tenang di Baida dan Benghazi.

"Namun di sebelah malam, menurut penduduk, terdapat kumpulan militia berkeliaran di jalan raya.

"Mereka adalah lelaki Afrika yang bercakap Perancis. Penduduk yakin kumpulan itu berasal dari Chad," kata Hoda.

Pemerintah tentera di Tobruk, Mejar Jeneral Suleiman Mahmoud memberitahu Al Jazeera, pasukan yang diketuainya sudah berpaling tadah untuk menyokong penunjuk perasaan.


"Kami kini berpihak kepada rakyat. Saya bersama-sama Gaddafi sebelum ini tetapi keadaan sudah berubah. Dia seorang yang zalim," kata pegawai tentera itu.


Benghazi, bandar kedua terbesar Libya menjadi tempat pertama kebangkitan rayat dalam menentang pemerintahan 42 tahun Gaddafi lebih seminggu lalu, sebelum ia merebak ke bandar lain. — Al Jazeera

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga asing tinggalkan Libya

Posted: 24 Feb 2011 12:11 PM PST

PARIS: Kerajaan di seluruh dunia semalam bergegas membawa pulang warga masing-masing dari Libya.

Kebimbangan mengenai kemungkinan tercetusnya perang saudara besar-besaran mendorong negara dari Kanada hingga ke China untuk menyewa feri dan pesawat bagi membawa keluar rakyat mereka ke kawasan selamat.

Ribuan warga asing bersesak-sesak di lapangan terbang Tripoli dengan harapan untuk menyelamatkan diri selepas keadaan keselamatan di Libya semakin meruncing.

Mereka yang berjaya melarikan diri menceritakan suasana anarki yang berlaku di negara berkenaan dengan bekalan air dan makanan semakin berkurangan. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen