Selasa, 10 Mei 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Lelaki Malaysia didakwa di AS

Posted:

Lelaki Malaysia didakwa di AS

Lelaki Malaysia didakwa di AS

NEW YORK 10 Mei - Seorang lelaki Malaysia menghadapi tuduhan cuba menyeludup sembilan pendatang tanpa izin dari China ke Amerika Syarikat (AS) dengan menyamar sebagai penumpang dalam kapal persiaran mewah, RMS Queen Mary 2.

Menurut dokumen mahkamah, Fatt Kwee Wong mengaku dia diupah untuk membantu lima wanita dan empat lelaki China masuk ke AS dengan menerima bayaran sebanyak AS$3,500 (RM10,500) seorang.

Kumpulan yang membawa pasport palsu Jepun tetapi tidak boleh berbahasa Jepun itu ditangkap oleh pegawai imigresen selepas mereka turun di New York City pada 26 April lalu, kata pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan AS, John Saleh.

Pegawai menganggap ketibaan pendatang tanpa izin di negara ini dengan begitu bergaya sebagai insiden yang luar biasa.

"Kami tidak pernah melihat cara ini digunakan pada masa lalu kerana perbelanjaan yang cukup banyak diperlukan untuk menaiki kapal itu.

"Penyeludup mungkin menyangka kami kurang berasa curiga jika kapal mewah digunakan," ujar Saleh.

Sembilan warga China itu naik kapal tersebut sebagai penumpang di Dubai untuk pelayaran di dalam kapal yang mempunyai 14 geladak dilengkapi bilik-bilik makan dan dewan tarian serba mewah, teater dan sebuah planetarium.

Operator RMS Queen Mary 2, Cunard Line menyifatkan kes tersebut sebagai kali pertama dialami oleh syarikat itu.

Pendatang China berkenaan ditahan sementara menunggu pihak berkuasa memproseskan urusan pengusiran mereka.

Kwee Wong ditahan oleh pihak berkuasa persekutuan dan kesnya dijangka ke bawa ke hadapan juri agung. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AS diberi kebenaran siasat 3 isteri Osama?

Posted:

AS diberi kebenaran siasat 3 isteri Osama?

AS diberi kebenaran siasat 3 isteri Osama?


Gambar yang diambil kelmarin merakamkan beberapa kenderaan melalui sebatang jalan di pekan Rabat Ba Ashan di selatan wilayah Hadramaut, yemen yang merupakan tempat kelahiran Osama. Dia dibunuh oleh komando AS di pekan Abbottabad di pakistan minggu lalu. - AFP


WASHIINGTON 10 Mei - Pakistan dilihat bersedia membenarkan Amerika Syarikat (AS) menyoal siasat tiga isteri Osama bin Laden yang berada bersama ketua rangkaian al-Qaeda itu ketika dia dibunuh oleh komando AS dalam satu serangan pada minggu lalu.

Pegawai keselamatan AS, semalam berkata, tiga isteri dan beberapa orang anak Osama merupakan antara 16 orang yang ditahan pasukan keselamatan Pakistan selepas komando AS membunuh ketua al-Qaeda itu di bandar Abbottabad.

''Pihak Pakistan dilihat bersedia untuk memberikan akses. Kami berharap mereka akan memberikan kebenaran,'' kata pegawai itu.

Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama telah mendesak diberikan akses kepada operasi Perkhidmatan Perisikan Dalaman Pakistan (ISI) dan isteri-isteri Osama bagi mengumpul maklumat mengenai rangkaian al-Qaeda.

Pakistan merupakan sekutu penting Washington dalam perang terhadap militan di Afghanistan, tetapi hubungan itu menjadi tegang ekoran serangan peluru berpandu drone AS terhadap pemberontak di sempadan negara itu, perbezaan kepentingan dan pengintipan AS berhubung senjata nuklear negara itu.

Hubungan tegang antara Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan ISI memburukkan lagi keadaan dengan pendedahan Osama sudah tinggal selama lima tahun di Abbottabad, yang juga menempatkan akademi tentera Pakistan.

Dalam pada itu, pegawai AS berkata, CIA tidak mempunyai keinginan untuk membawa pulang ketua ejennya di Pakistan, walaupun terdapat cubaan oleh media tempatan bagi mengenal pasti identitinya.

Walaupun laporan media tidak tepat, para pegawai AS berkata, mereka percaya kebocoran maklumat itu merupakan cubaan untuk mengalih perhatian bagi mendapatkan penjelasan berhubung bagaimana Osama boleh bersembunyi di negara itu. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan