Sabtu, 30 April 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Lebih 60 maut di Syria

Posted:

Lebih 60 maut di Syria

Lebih 60 maut di Syria


PENUNJUK perasaan memegang sepanduk berbunyi ''Rayuan kepada UNCIF : Kanak-kanak Nawa', 'Tiada Air, Ubat, Makanan' di bandar Nawa, dekat Deraa, Syria, kelmarin. - REUTERS


DAMSYIK 30 April - Sekurang-kurangnya 62 orang terbunuh dalam pertempuran di Syria semalam apabila berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan mengadakan 'hari kemarahan' bagi membantah rejim Presiden Bashar al-Assad.

Pihak berkuasa Syria mendakwa sembilan anggota pasukan keselamatan terbunuh di tangan 'kumpulan pengganas' dalam kekacauan semalam.

Protes prodemokrasi diadakan terhadap rejim Assad di kebanyakan bandar dan pekan selepas solat Jumaat semalam, seperti pada Jumaat yang lepas-lepas sejak bulan lalu, kata saksi.

Sekurang-kurangnya 33 orang awam terbunuh di bandar Daraa yang menjadi medan utama protes, menurut pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di London.

Pegawai tentera berkata, lima askar turut terbunuh manakala dua lagi ditawan oleh 'pengganas bersenjata' di kawasan Daraa, selatan negara ini.

Sejumlah 27 penduduk awam terbunuh di bandar perindustrian Homs, ke utara Damsyik, manakala dua lagi maut di bandar pelabuhan Latakia di Mediterranean.

Ketika keganasan berlarutan, Washington menyekat aset milik saudara lelaki Presiden, Maher al-Assad yang mengetuai Divisyen Berperisai Keempat tentera Syria, serta aset milik beberapa pegawai tinggi dan perkhidmatan perisikan.

Washington dan Brussels dalam pada itu memutuskan untuk mengenakan sekatan terhadap Damsyik kerana kekerasan yang digunakan ke atas penunjuk perasaan prodemokrasi.

Duta-duta Kesatuan Eropah (EU) di Brussels memulakan persiapan untuk mengenakan sekatan ke atas penjualan senjata dan peralatan yang boleh digunakan oleh rejim Assad untuk menyerang rakyatnya sendiri. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang dedah kelemahan PAP

Posted:

Pembangkang dedah kelemahan PAP

Pembangkang dedah kelemahan PAP


PARA penyokong Parti Demokratik Singapura (SDP) berhimpun pada rapat umum sempena kempen pilihan raya Singapura, kelmarin. - REUTERS


SINGAPURA 30 April - Pusingan pertama ceramah politik yang dimulakan semalam menyaksikan parti-parti pembangkang Singapura cuba mendedahkan rekod buruk parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) sepanjang penggal yang lalu.

Paling digembar-gemburkan adalah kesan salah urus PAP yang membawa kepada masalah banjir kilat, kebanjiran pendatang asing, kesesakan lalu lintas, jurang pendapatan yang semakin ketara, kenaikan kos sara hidup serta lonjakan harga hartanah.

Selain membandingkan pendapatan tinggi menteri dengan jumlah skim Bantuan Awam yang diterima, sesetengah calon pembangkang turut menyerang PAP dengan mengatakan parti itu tidak benar-benar menjaga kebajikan rakyat.

Calon pembangkang, Michelle Lee (gambar) dari Parti Demokratik Singapura (SDP) berkata, contoh-contoh itu membuktikan para pemimpin baru PAP tidak menjalankan tugas mereka dengan baik seperti yang dilakukan pemimpin terdahulu.

Michelle dalam satu perhimpunan yang mengumpulkan penyokong SDP berkata, PAP mempunyai pelbagai rekod buruk sepanjang pemerintahannya.

Isu sama turut dibangkitkan empat parti pembangkang lain dalam ceramah politik.

Setiausaha Agung Parti Perpaduan Singapura, Goh Meng Seng berkata, Singapura pernah ditadbir dengan baik antara tahun 1970-an hingga 1980-an yang menyaksikan lambakan peluang kerja, kos perumahan yang murah serta kos penjagaan diri yang rendah.

"Menteri-menteri veteran seperti Goh Keng Swee sangat bersifat rakyat, mereka menjaga kebajikan penduduk," katanya semasa satu ceramah politik berhampiran Geylang East Central.

Parti pembangkang juga menggunakan Internet dalam kempen mereka kepada para pengundi, termasuk blog seperti http://singaporeelection.blogspot.com. - AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan