Khamis, 10 Mac 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Barat mahu rampas minyak Libya

Posted: 10 Mar 2011 03:15 PM PST

Dunia

SETINGGAN dan warga Libya anti Gaddafi berada di bumbung rumah Saif al Islam di Hampstead, utara London.

SETINGGAN dan warga Libya anti Gaddafi berada di bumbung rumah Saif al Islam di Hampstead, utara London.

Muammar Gaddafi beri reaksi usaha luar kuat kuasa zon larangan terbang

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi menuduh Barat mahu merampas minyak negara itu ketika memberi amaran rancangan mereka menguatkuasakan zon larangan penerbangan akan memakan diri kerana tenteranya terus menyerang pemberontak menyebabkan beberapa kemudahan minyak terbakar.

"Negara penjajah sedang merangka rancangan untuk memalukan rakyat Libya dengan menjadikan mereka sebagai hamba abdi dan mengawal minyak," kata Gaddafi di televisyen kerajaan. Beliau sekali lagi menuduh al Qaeda dalang di sebalik pemberontakan yang bermula sejak 15 Februari dan menggesa penduduk membebaskan bandar kedua Libya, Benghazi yang ditawan pemberontak.

Kerajaannya turut menawarkan AS$410,000 (RM1.24 juta) sebagai hadiah bagi menangkap Mustafa Abdel Jalil, ketua majlis pemberontak yang mengiktiraf dirinya sebagai wakil negara Afrika Utara itu di Benghazi, Sabtu lalu.

Di timur Libya, tentera kerajaan mendekati pertahanan pemberontak di Ras Lanuf dengan melancarkan bedilan ke pusat bandar berdekatan hospital dan mengebom sebelah baratnya selain meneruskan serangan udara.

Roket Katyusha dan mortar menghujani kawasan padang pasir di kedua-dua belah lebuh raya.
Pemberontak dilaporkan berundur ke timur menuju Ras Lanuf, manakala yang lain terus maju ke depan dengan hanya berbekalkan raifal Kalashnikov.

Kira-kira 10 roket ditembak daripada bangunan kerajaan ke sebuah dusun tiga kilometer barat Ras Lanuf yang menyebabkan pokok terbakar.

Sementara itu, Perancis menjadi negara pertama yang mengiktiraf pihak pembangkang Libya sebagai wakil yang sah dan akan menghantar duta ke wilayah pemberontak.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy mengambil inisiatif itu ketika kepimpinan Kesatuan Eropah (EU) masih teragak-agak untuk mengiktiraf pemberontak Libya.

Persidangan pemimpin EU hari ini (Jumaat) akan terus membincangkan krisis Libya.

"Perancis mengiktiraf majlis peralihan nasional sebagai wakil sah rakyat Libya," kata wakil pembangkang, Ali al Issawi.

"Berdasarkan pengiktirafan ini, kita akan membuka misi diplomatik, yang mempunyai kedutaan sendiri di Paris dan duta Perancis akan dihantar ke Benghazi," kata pemimpin itu. – AFP

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah Saif al Islam di London kena ‘tawan’

Posted: 10 Mar 2011 03:14 PM PST

Dunia

LONDON: Kira-kira 20 penduduk setinggan termasuk aktivis warga Libya yang dalam buangan memenuhi halaman rumah bernilai £12 juta (RM57.6 juta) di sini yang dikatakan milik anak lelaki pemimpin Libya, Saif al Islam.

Setinggan dan aktivis berkenaan kemudian dilihat membentangkan kain rentang dari bumbung rumah agam dan berteriak supaya Muammar Gaddafi keluar Libya dan London.

Polis berkata, tiada tangkapan dibuat dan pihak berkuasa menganggap tindakan mereka yang memasuki kawasan rumah agam itu sebagai isu awam. Saif al-Islam yang juga anak Gaddafi membeli kediaman itu di kawasan eksklusif di pinggir Hampstead Garden, utara London pada 2009, lapor media.

Rumah empat tingkat itu mulanya diiklankan untuk dijual menerusi laman web hartanah dengan harga £12.5 juta (RM61.4 juta). Ia mempunyai sembilan bilik tidur, lima bilik menyambut tetamu, kolam renang, jakuzi dan panggung wayang.

Penduduk setinggan yang menggelar diri mereka Kumpulan Menjatuhkan Pemerintah Kuku Besi, berkongsi dengan penunjuk perasaan anti Gaddafi Kempen Perpaduan Libya-Britain (BLSC), memanjat bumbung dan mengibarkan bendera.

"Kami mahu menunjukkan regim Libya yang mereka sudah habis dan Gaddafi tiada tempat di Britain," kata Azeldin el Sharif.
Seorang setinggan yang hanya mahu dikenali sebagai Dariush, berkata:

"Kami duduk di rumah ini dan bersatu dengan rakyat yang melawan di Libya dan bercadang terus berada di sini sehingga ia dipulangkan kepada warga Libya,".
Katanya, pihaknya mendapati bangunan itu tidak diduduki tetapi dipenuhi perabot dan jualannya masih ditangguhkan. – Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan